INI SEBAB KENAPA PEMILIK KUCING TIDAK BAWA KUCING MEREKA KE KLINIK HAIWAN
Mereka hidup secara semulajadi.. Kalau sakit ke hapa kucing kan ada remedy dia sendiri. Takde kami mandulkan. Pendek kata mereka hidup seperti fitrah mereka. Sampai masa mengawan... sampai masa beranak.. sampai masa.. mati.
Tapi tu dulu la.. kebanyakkan orang bela kucing dalam rumah macam tu. Zaman sekarang rasanya ramai yang bela kucing betul2 take care. Bawa pergi buat pemeriksaan kesihatan.. Ambil vaksin bagai. Kalau sakit dia bawa ke klinik. Faktor orang sekarang dah mula ada kesedaran untuk buat semua tu di tambah lagi Veterinar sekarang mudah di dapati berbanding dulu.
Pun macam tu walau dah banyak kemudahan untuk pets di sediakan.. Masih ada orang tidak bawa kucing mereka berjumpa Veterinar walau setahun sekali.. Sebabnya korang boleh baca kat sini >> Ini sebab Kenapa Pemilik Kucing Tidak Bawa Kucing Mereka Ke Veterinar << Ada perkara aku setuju jugak kenapa pemilik kucing tak bawa kucing mereka ke Veterinar ni. Sedangkan mereka sendiri pun kadang2 tak membuat pemeriksaan kesihatan untuk diri mereka even setahun sekali inikan pulak kucing. Setiap orang ada masalah hidup sendiri..
Moral of the story.. Nak beli haiwan dalam rumah macam kucing make sure bukan buat macam hobi. Kena bela atas rasa kasih sayang baru tak ada trajedi bila dah bosan kucing beranak pinak banyak buang di jalanan. Bayangkan orang yang kita ambil dari kecik bela dengan penuh kasih sayang tetiba kita rasa bosan kita buang dia. Macam tu juga dengan perasaan seekor kucing yang kena buang.
Rumah JM setiap hari hadir tetamu baru...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetuju tu tak suka kalau ada orang buang kucing.
ReplyDeleteSakit hati kalau tahu ada orang buang kucing termasuklah famili sendiri.