ADA KE ORANG BELI KALAU REVIEW DI BLOG?
Jangan marah wahai blogger bila di tanya soalan macam tu. Kita kadang2 kena duduk dalam situasi orang yang berniaga jugak. Orang berniaga bukan semua faham fungsi blog macam aku cakap awal tadi la. Depa cuma faham apa yang depa sedang buat jer... Memang agak annoying soalan macam tu bagi kita. Seolah olah depa anggap blogger ni macam jurujual online produk atau jurunding perkhidmatan depa je. Takpe kalau ada yang tanya macam tu.. Tarik nafas, senyum, lapangkan hati & jawab.
Nak jawab macam mana.. Aku bagi tips secara santai je la yer. Sebab aku ni bukan reti sangat nak formal2 dalam penulisan ni. Jawab je.. blog adalah salah satu sumber rujukan orang zaman sekarang. Sebab orang zaman sekarang dah tak berpandukan iklan TV, radio, suratkhabar sangat bila nak mencuba sesuatu produk atau perkhidmatan. Orang sekarang lebih selesa google baca review & pengalaman seseorang guna produk atau perkhidmatan tu. Sebab orang sekarang memang hidup dengan smartphone,gadget elektronik & internet kat mana2 saja. Apa je depa nak cari semua kat internet. Jadi dengan menjadikan blog sebagai medium memperkenalkan & mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka boleh jadi satu kelebihan bila orang lain google. Sebab bila ada yang review produk & perkhidmatan anda, maka ia dah tersenarai dalam carian google. Lagi banyak blogger review tentang sesuatu produk & perkhidmatan tu lagi menambah keyakinan kepada pelanggan untuk mencuba jadi membuka peluang anda menjana keuntungan. Tapi blogger bukan menjanjikan selepas produk atau perkhidmatan anda sudah berada di sesatu blog sales anda akan melonjak sampai juta juta lemon. Ia bergantung kepada kebaikkan, keberkesanan & keperluan sesuatu produk atau perkhidmatan tu. Bergantung dengan budget korang jugak la.. kalau nak jadi viral ambil la ramai blogger untuk tulis pasal produk & perkhidmatan korang tu. Bila ramai blogger bercerita pasal sesuatu produk & perkhidmatan ia boleh menarik minat orang untuk mengenali seterusnya mungkin mencuba.
Sebab tu penting kalau nak minta blogger review terutama produk.. bagi free produk untuk blogger cuba sebab nanti dalam review blogger akan bagi sekali testimoni & pengalaman menggunakan produk tu. Kalau memang berkesan.. Ia menjadi salah satu bukti untuk menyakinkan pembeli. Tapi blogger ni memang kebanyakkan tak letak syarat wajib bagi free produk. Yang wajib bayar upah dia menulis review jer. Yelah.. kami pun bekerja. Ingat kerja menulis blog ni tak perlu modal hanya perlu kreativiti je ke? Modal masa, tenaga, bil eletrik, internet bagai semua bukan free. Lain la kerajaan sponsor semua tu kat blogger. hehehe
Moral of the story.. Buat blogger semua terutama yang berjiwa muda, cepat sentap & marah tu. Kadang2 memang ada client yang sangat annoying tanya soalan bukan2. Biasa la manusia ada macam macam perangai. Dalam family kita sendiri pun ada yang perangai annoying. Inikan pulak client/customer.. Selagi kita rasa boleh jawab, jawab je. Kalau tak boleh matikan perbincangan & bagitahu setakat tu je kita mampu beri penjelasan. Kita chill sudah katanya. hahaha... konon macam aku ni sentiasa cool sangat kan? wakakakaka
P/S : Sepanjang aku membuat review berbayar ni, Alhamdulillah ada jugak feedback dari client yang kata ada jualan selepas aku review. Kebanyakkan pelanggan dia dapat tahu dari review blog aku. Kalau nak try test boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com
Saya pernah tempah iklan di blog Cik Akak (Blogger Naomay). Alhamdulillah, saya bayar RM10, ada juga orng beli buku saya melalui blog beliau. Dua bulan saya beriklan di blog beliau. Saya puas hati walaupun sambutan tidak seperti yang diharapkan. Tapi dari segi ROI, kira berbaloi2 juga. Saya beriklan RM20 untuk 2 bulan. Jualan saya 4 biji buku.
ReplyDeleteSo kiraan dia:
4 X a - RM20
= 4a- (Rm20)= gross profit.
Net profit= 4a- (RM20 + minyak kereta pegi pos office + dakwat pen + sampul surat)