Rasanya ramai dah tahu kes penyanyi zamani slam yang di tangkap & di sahkan positif dadah. Bila tengok fizikalnya yang kurus memang ramai dapat teka tapi sebab atitute dia yang kita nampak baik. Tak nampak macam bermasalah.. ramai yang berpositif zamani sakit. Tapi bila terbongkar semua ni.. aku sendiri rasa, sayangnya Zamani.. kenapa terjebak?
Apapun.. masih ada sinar harapan untuk dia. Semoga lepas ni zamani akan menjalani hidup yang lebih sihat & bebas dari dadah. Sayang bakat besar di rosakkan dengan dadah.. Zamani bukan jahat mungkin tersilap langkah.
P/S : serius aku rasa macam tak puas hati sebab dia bagi aku retis yang baik sangat.. kenapa hisap dadah??
18 Komen Melekat:
Aku memang dah tahu dia terjebak sebab husben aku kenal dia... tapi tu laa dia tak pernah kena tahan kan...?? mungkin ini masa dia... alhamdulillah... semoga dia bersih dari najis tu selepas ni...
pernah jumpa dia kt airport.. dia senyum dulu kt kita.. mmg nampak baik
pernah jumpa face to face dengan dia.. dah lah tak sombong suara sedap lak tu..
tapi saya dia sia-siakan bakat dia dengan dadah.. moga dia berubah selepas ditangkap ni..
Mmg lama dah kan dia ambik dadah?
sayangkan... akk antara peminat lagu2 Slam ni.. suara Zamani ada kelainan tersendiri..
pernah jumpa face to face tp tu la sayangnya dia layan dadah...masa jumpa tu dia dah kuat main ice dah....dia ni kawan baik satu kelas pada rakan sekerja...dulu dia sekolah kat Seremban masa remaja...
sy mmg agak keciwa dgn Zamani menagih dadah.Suara dia mmg best. semoga diberi HidayahNya.
Manusia tidak lepas daripada buat kesilapan..
Sayangkan bila ada bakat yang bagus tapi terjebak pulak dengan najis dadah. Zamani ni memang sejak dulu lagi kurus tapi betul, dia takda kontroversi. Memang gerimis mengundanglah tahun ni untuk si Zamani. Harapnya dia masih mampu pulang ke pangkal jalan. Adat manusia, kadang-kala tersilap langkah.
Ni mesti kes tak masyuk...stress...patutnya zamani kenalah meminta kepadaNYA...supaya dipermudahkan rezeki dan segala urusan . Waallahuaklam
Kathy pun ingat dia sakit sis.. Tak sangka dan sayang sungguh. Moga ada jalan kembali.
minat dia dr sekolah lg...sampai dah kawin anak 3 dah...hubby pun tau minat sgt dgr lagu2 dia..bila dpt berita ni sedih sgt2...kecewa sebak xtau nk luah mcmmn...serah segalanya pd yg Esa..
Yang saya pandang bakat dia hal lain urusan dia dgn tuhan..kita tak tahu kenapa dia jadi macam bgini..
katanya sebab frust dengan cinta yang beralih arah pada orang yang lebih berharta.. kesiankan..hebatnya cinta sehingga menyiksakan diri sendiri....semoga bertambah iman selepas ini..
Yang saya pandang bakat dia hal lain urusan dia dgn tuhan..kita tak tahu kenapa dia jadi macam bgini..
Keperibadian Zamani memang dipuji...ketagihan adalah suatu kesilapan dirinya...tetapi kami peminat hambaNya yg dikurniakan suara merdu ini tetap berdiri teguh dibelakangnya dan mendoakannya...
Setuju dgn komen di atas ni...mmg suara Zamani sgt merdu...kurniaan Illahi...akan mendoakan dan sokong sampai bila bila..walau pun apa kesalahannya
Sama2 mendoakan yg terbaik utk die..org baik ALLAH akn sayang dan permudahkn urusan..kita xtahu sebab die salah langkah tu..tp ckuplah kita tahu dia seorang yg sgt baik dan berbudi bahasa
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini