GAMBAR MISTERI DALAM SAMSUNG GALAXY S4 ZOOM
![]() |
Sumber Google |
Alkisahnya lepas hantar budak shahila ke sekolah.. Dah sampai rumah baru ada ada masa nak membelek koleksi gambar yang aku ambil guna S4 Zoom aku ni. Ada lagi banyak gambar2 kat kampung yang aku rasa best nak share kat Instagram so macam biasa buka la folder galery untuk cari gambar. Belum sempat scroll gambar gambar lain ternampak satu gambar yang macam di ambil semasa camera bergoyang.
![]() |
Ni la gambar di maksudkan. |
Sedaya upaya aku cuba ingat.. Kot2 tersnap gambar tu secara tak sengaja ke tapi aku rasa memang semalam aku ada check galeri album dalam galaxy S4 zoom ni memang tak nampak gambar ni. Gambar ni pun duduk list paling depan.. kalau buka folder album tu memang nampak gambar tu dulu. Sampai sekarang aku cuba ingat betul2.. tetap aku tak dapat ingat apa2 tentang gambar ni.
Tapi di sebabkan taknak fikir bukan bukan.. Aku rasa aku kot tersnap tak sengaja & maybe aku terlepas pandang lepas tu aku lupa. Taknak la fikir ada hantu dok tolong snap pic anak aku bagai.. Kalau betul pun berlaku maybe dia pun minat photography tengah belajar ambil gambar tu. Almaklum dia tak smartphone so dia pinjam kejab smartphone aku. hahahaha... Yelah nak beli smartphone sekarang pun mahal nak2 lagi yang ada fungsi camer canggih ala2 DSLR tu.. Mau kena menabung jugak. Lagipun aku kategori Iron women.. So benda2 macam ni takkan melemahkan semangat aku pun.
Moral of the story.. Kadang2 benda tu berlaku dari perbuatan yang tak sengaja tapi sebab kita ni pelupa jadi kita rasa macam ada kejadian mistik berlaku. Gambar2 macam tu selalunya berlaku bila camera dalam keadaan bergoyang maka menghasilkan gambar yang seakan akan nampak kelibat. Yer.. betul makhluk tu wujud tapi kita tak payah taksub. Kalaupun dia buat.. Kita buat rilex sudah. Bila kita rilex dia pun chill jer takde la mood dia nak momokkan kita lagi sebab tak bagi kesan katanya. hahahaha
Serius ni. Betul ke si dia nak berjinak-jinak dalam bidang photography pulak? Bukannya dia tak nak beli Suria, dia nak beli tapi income takda, pegang duit pun tak lekat di tangan sebab invisiblekan... Pi lah belikan satu smartphone murah-murah untuk si dia tu ^_^
ReplyDelete