TAK PAYAH BACA AL QURAN KALAU TAK FAHAM MAKSUDNYA

5/15/2015 11:30:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Maaf yer kalau tajuk entri ni buat sesapa terasa. Tapi aku rasa nak menulis jugak pasal ni walaupun aku bukan orang yang tinggi ilmu agamanya atau menghafalkan Al Quran. Aku pun bukan faham sangat maksud ayat2 al quran kalau tak baca terjemahannya dalam bahasa melayu. Ye aku mengaku, aku serba serbi kurang dalam bab tu.

Sumber Google

Tapi satu aku tak suka mempertikaikan perkara baik apatah lagi yang mendapat ganjaran pahala bila di lakukan. Yelah tak di nafikan masih ramai yang tahu membaca Al Quran tapi tak tahu maksudnya tapi sentiasa mengamalkan. Tapi ada jugak yang katanya faham maksud setiap kalam Allah dalam Al Quran tapi jangankan nak jadikan panduan hidup, amalkan pun tidak. Mana lebih baik? Fikir la sendiri yer...

Hukum membaca Al Quran tanpa memahami maksudnya tetap la dapat pahala. Malah pahala di kira dari setiap satu huruf yang di sebut. walau tak tahu maksudnya. Pahala tetap dapat kerana membaca Al-quran dikira sebagai ibadah jikalau kita ikhlas semata-mata kerana Allah. Jikalau membaca tafsirnya sahaja tidak dikira sebagai ibadah, jikalau dibaca kedua-duanya, InsyaAllah boleh pahala membaca dan pahala memahami maksudnya. Takpe la.. Dia tak faham maksud tapi dia mengamalkan & Insya Allah.. Allah akan membuka pintu hati untuk mendalami. Bermula dari membacalah untuk melahirkan minat untuk mendalami. Kalau baca pun tak, bohong sangat la tetiba dia minat nak tahu apa maksud setiap ayat2 Al Quran tu, kan? Apapun, memahami Al Quran adalah lebih baik dari sekadar membaca cuma tak perlu la nak mempertikai seolah olah kalau sekadar baca tak faham baik tak payah baca. Tu yang rasa tak berapa sedap sangat dengar sebab melemahkan semangat orang nak belajar baca Al Quran. Kita kecik2 pun belajar baca dulu jarang sangat ada budak belajar baca & faham. Step by step kita belajar. Ada yang khatam Al Quran tapi masih tak faham maksud setiap ayat2 al quran di baca pun ada. Yang penting apa yang dibuat bukan satu dosa malah di beri ganjaran pahala lagi.

Kita tak buat jangan pertikai apa yang baik orang lain buat. Patut kita rasa malu dengan orang yang masih mengamalkan perkara baik biar dia tak tahu maksud di sebalik apa yang di baca tapi kita semua tahu apa yang yang di alunkan dari bibir dia tu adalah kalam2 Allah yang mulia. Insya Allah menjadi doa2 yang baik. Apa yang aku baca  Al-Quran boleh memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw “Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur’an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya.” (Kalau aku salah tolong betulkan sesungguhnya aku umpama budak baru belajar. hehehehe)

Moral of the story.. Hati2 nak mempertikaikan apapun perkara jangan sampai kita rasa macam bijak tapi apa yang orang nampak kita sangatlah jahil. Aku manusia serba kekurangan, serba tak sempurna, serba tak baik sana sini cuma Insya Allah aku cuba mengawal jugak bila nak melantang sesuatu isu. Isu2 tak melibatkan hukum agama tu boleh la guna pendapat & logik akal jer.. So,Allah bagi akal, gunakan untuk berfikir.

7 comments:

  1. semua kena berbalik jugak kepada niat yg pertama masa kita nak pertikaikan sesuatu isu :)

    ReplyDelete
  2. Hmm.... setuju dengan entri sis suria ni.

    ReplyDelete
  3. Setuju dengan entri ni. Lebih baik baca Quran x faham maksud daripada x baca langsung. Insyaallah lama2 Allah bg hidayah supaya senang faham al-quran nanti. Siapa la yg pertikaikan benda alah ni? Hmmm...

    ReplyDelete
  4. Dulu dekat sekolah pun pernah jd isu. tapi ustazah dh clearkn..baca quran x tau maksud tetap.dpt pahala. bila baca quran..hati jd tenang sangat.
    biar lah apa org nak kata. asalkan Allah lg tau niat kita

    ReplyDelete
  5. Walaupun tak faham, nak juga baca kira dah baguslah tu daripada faham tapi baca sebaris sehari pun payah. Kadang-kadang pelik manusia ni. Perkara yang mudah disukarkan pemahamannya. Kalau orang berusaha nak belajar tapi tak faham juga baguslahkan daripada katanya bijak pandai tapi tak nak belajar langsung!

    ReplyDelete
  6. Sebelum nak tau makna,kena la belajar tajwid dulu,lepas tu baru mengenal terjemahan dan seterusnya belajar tafsiran,baru betul.Tapi paling penting boleh membaca dgn betul (bertajwid) supaya kita boleh membawa bacaan yg betul si dlm solat dan sebagainya,membaca quran dgn betul(bertajwid) barulah mendapat pahala dan bukan di laknat oleh Al- Quran kerana sengaja tidak belajar membaca Al-Quran

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com