KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH
Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suarakan semata mata nak menampakkan diri dia kawan yang baik & sentiasa menyokong kita.
Bila berkawan di laman sosial ni.. Memang aku banyak melihat & belajar. Sebab tu aku susah untuk percaya pada sesiapa walau bernama kawan. Sebabnya.. bila satu masa ada perselisihan faham.. Rahsia kita la akan menjadi senjata mereka. Kita takkan tahu siapa baik siapa jahat untuk masa depan walau hari ini kita nampak dia perfect sebagai seoarng kawan. Jadi berhati hati & berpada pada lah dalam berkawan. Kawan kita kebanyakkan takkan tunjuk silap kita semasa berkawan tapi akan menyebutnya ketika bermusuh. Terima atau tak.. itulah yang banyak berlaku. Nak jumpa kawan yang betul2 membimbing & mengingatkan kita setiap kali kita melakukan kesilapan memang susah... selalunya kawan yang kita anggap baik bila sama2 boleh join mengumpat. Kau tak suka orang tu.. kau ajak kawan kau mengumpat dia.. kawan ko pun support apa yang kau umpat itulah yang kau anggap kawan. Cuba masa dia ajak kau mengumpat.. kau tolak & tegur dia... confirm keluar sindir menyindir. Mengaku atau tak kita lebih rela berkawan dengan orang yang hipokrit dari menerima kenyataan di tegur, betul tak?
Dan kerana tu jugak aku takde geng borak kosong dalam group bila di laman sosial. aku takde geng wechat, geng whatsapp atau geng sembang cara berkumpulan ni. Apa yang korang tengok aku bual kat komen FB, itulah komunikasi aku dengan kawan2 alam maya. Ada la sorang dua PM bagitau tu ni.. tapi abis satu isu tu abis la. Nak kata.. seminggu sekali pun payah aku nak borak2 dengan sapa2 secara private. sekali sekala je orang PM aku kalau ada apa2 isu dorang nak cakap, tanya atau bincang.
Pengalaman yang banyak ajar aku untuk berpada pada dalam berkawan. Pengalaman juga buat aku berhati hati dengan semua yang bernama kawan. Jadi dari pengalaman aku.. Moga jadi pengajaran pada orang lain. Memang bukan semua kawan itu jahat & kena ingat bukan semua kawan juga benar benar baik tapi kita takkan tahu siapa baik & jahat sehingga sesuatu perkara berlaku macam perselisihan faham. Masa tu kita akan menyesal pada banyak perkara so, sebelum benda tu menjadi kesalan yang tak berguna ambil langkah keselamatan dari sekarang.
P/S : dalam hidup memang kita perlukan kawan, tapi kawan mungkin tak selamanya akan bergelar kawan mungkin suatu hari dia bernama lawan.
P/S : 45 hari MH370 hilang dan masih hilang. Yang mati masih mati dalam teori... Ya Allah kau bukakan jalan untuk semua jawapan di temui.
Haha akak pun xde wasap ke wechat ke dan xde sembang group apa pun kat fb. Serik pernah baik ngn org patu diburukkan kita sbb salah phm. Bkn nk dgr penjelasan dulu.
ReplyDeleteMusuh ni ada yg musuhi kita je tp ada jugak yg pakat panggil satu donia kata kita jahat duk hasut org benci kita
sekarang nak berkawan kena extra careful. naik baik jangan baik sangat kan
ReplyDeletezaman sekarang kena hati2 pilih kawan sebab kebanyakkannya stalker...
ReplyDeletesaya lebih kurang cam cik lekit dalam bab berkawan ni
ReplyDeletepengalaman mengajar saya untuk berhat-hati
bezanya saya tak begitu outspoken cam cik lekit
tu pasal mudah bernanah perasaan...hehe
Tp kita suka ayat2 awak...semua power2...
ReplyDeletesalam mami lala..
ReplyDeleteehhe..cma ade wechat wasap bagai tu.. tp takde join mane2 group..x shukeww..
pernh baca kat mana ntah.katanya-musuh kita sebenarnya adelah kawan baik kita sendiri.. beware!
oopps, cik lekit...saya baru perasan ni entry lama
ReplyDeletesila ignore komen saya sebelum ni
arghhh...malunya