BILA JADI ARTIS HILANG HAK UNTUK PRIVACY ANAK SENDIRI

11/27/2015 01:18:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

BILA JADI ARTIS HILANG HAK UNTUK PRIVACY ANAK SENDIRI. Kecoh dua tiga hari ni pasal Lisa Surihani yang menegur peminat yang curi snap gambar anak dia & sebarkan. Bila baca komen2 kat beautifulnara tu kemain depa dok hentam Lisa poyo la, berlagak la,sorok anak la, sombong.. bla.. bla.. bla.. dot mengumpat dot com. Seolah olah bila pasangan tu seorang artis maka segala apa je tentang dia kena kongsi dengan semua orang.

Gambar Yang menjadi punca Lisa Surihani Menegur Peminat Yang Menyebarnya. Mungkin Gambar ni tak jelas sangat wajah anak depa tapi mungkin tu langkah pencegahan awal Lisa & Yusri untuk memberitahu Peminat supaya tiada lagi yang cuba menyebar gambar anak depa. Depa sendiri tak tunjuk.. so hormatilah privacy orang

Betul la.. Bila dah nama artis semua orang teruja nak tahu kehidupan dia. Nak2 lagi yang baru dapat anak. Nak pulak mak bapak masing2 muka pan asia. Sapa tak teruja nak tengok muka anak depa. Macam minah saleh ke camna. Tapi bukan semua artis macam che ta & zain atau Scha & Awal.. Yang menjadikan anak seorang individu yang popular sejak dari kecil. Setiap mak bapak lain la cara dia nak besarkan anak. dan mereka ada sebab kenapa buat macam tu. Mungkin Lisa & Yusri juga adalah alasan mereka tersendiri kenapa mereka tak nak dedahkan wajah anak depa pada umum. Macam Johan Raja Lawak.. dia pun tak expose anak dia pada umum sebab dia kata atas faktor keselamatan. Biar orang tak kenal siapa anak2 Johan.. At Least jadi salah satu langkah keselamatan. Kalau di dedahkan.. paham paham je la. Zaman jenayah berleluasa ni. Nak2 anak orang2 popular. Kita tak tahu orang nak buat jahat kat kita bila masa atau sebab apa. Kadang2 dia menyampah dengan kita tanpa sebab pun dia boleh guna individu yang ada hubungan dia kita untuk balas dendam. Jadi, Tak salah kalau ada artis nak private kan anak dia.

Walaupun depa public figure tapi jangan la kita guna kuasa peminat dengan anggap artis adalah milik peminat sampai apa jer yang ada kaitan dengan hidup depa kita rasa kita ada hak nak tahu. Bila apa yang kita nak tahu tak dapat.. Kita hentam pulak depa. Hello.. Kita sendiri pun ada perkara yang kita tak suka orang tahu hangpa ingat retis tu robot yang hangpa boleh setting ikut suka hangpa. Depa tak dak perasaan & tak ada privacy sendiri!! Buka sikit minda tu.. Mungkin bagi hangpa apalah sangat nak tunjuk muka anak tapi tak semua orang rasa perkara yang hangpa rasa biasa tu biasa juga bagi depa. Ada orang tak nak biasakan benda tu.

Tapi sebagai retis.. terpaksa hadap la sebab anda yang pilih jalan hidup sebagai seorang artis. So, Itulah antara perkara yang hangpa tak boleh elak. Kadang2 hangpa memang akan hilang sesetengah perkara yang hangpa rasa nak privacy. Contoh apa yang berlaku ni. Sebab orang kenal artis kemana2 pun.. Zaman sekarang semua orang ada camera jadi nak tak nak kena sentiasa bersedia untuk sesuatu yang mungkin hangpa tak dapat elak. Manusia.. Bukan semua yang jenis suka ikut rules. Tu hakikat yang susah kita nak nafikan.

Moral of the story.. Kalau kita rasa hidup ni tak perlu ada privacy jangan anggap semua orang macam kita. Sebab cara hidup setiap orang berbeza. Ada orang tak suka tunjuk sangat kebahagian mereka pada umum. Macam aku pun aku lebih suka menikmati kebahagian tu dari berkongsi kat media sosial tak tentu pasal. Peace!

4 comments:

  1. betul tu.. ai setuju.
    Kita kenalah hormatkan privacy orang lain. Cuba kita berada dalam situasi macam tu, silap2 lagi teruk respond yang kita bagi sebab ada yang cuba ceroboh privacy kita.

    ReplyDelete
  2. Serba salah hidup artis ni Suria..
    Nasib akak tak artis hahhahahah..
    Larikkkkk

    ReplyDelete
  3. kan...saya pun tak paham pasal apa orang nak kecoh sangat
    biarlah dia dak. tu hak dia. hak dia nak melindungi anak dia dak
    tak boleh kata semua benda kita nak suruh dia expose
    manusia juga dia tu...doakan yang baik2 dah lah

    ReplyDelete
  4. Jadi artis itulah harga yang perlu dibayar. Kalau orang tak popular macam kita ni tak nak keluar blog, takdalah orang lain sakit hati sangatkan dok kata bukan-bukan. Tapi macam artis pujaan (mahupun bukan pujaan) semua tindak-tanduk pun orang nak query lebih-lebih padahal kalau ikutkan, itu hak mereka sendirilah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com