BUANG MASA TULIS PASAL PERASAAN KAT BLOG
Bila orang silap sikit nak mengadu kat blog kat FB aku serius kadang2 rasa janggal dengan orang2 macam ni tapi takpe la tu hak depa nak tulis apapun walaupun ramai yang berpendapat supaya kurang merintih atau meluahkan perasaan kat media sosial. Sesungguhnya ia bukan membawa kesan yang baik kalau kerap sangat dok tulis benda2 yang melibatkan apa yang ada dalam hati kita. Bukan apa takut terbuka aib kita tanpa kita sedar. Bila terbuka mula la tersebar. Bila tersebar kita nak salahkan orang pulak yang menyebarkan sedangkan puncanya kita sendiri yang membuka peluang orang lain sebarkan aib kita.
Banyak benda kita boleh tulis kat blog... tak kisah la kita nak tulis pasal cerita hidup kita seharian pun. Tak semestinya kisah hidup kita seharian tu perlu cerita semua benda. Pilih apa yang best yang boleh di cerita secara umum sudah la.
Kita hidup dalam dunia yang penuh cerita yang tak pernah habis. Kenapa perlu mengorek rahsia hati untuk jadi bacaan umum?? Jadilah seorang yang boleh menyimpan rahsia diri,rahsia keluarga, mertua,adik beradik, sedara mara sebelum kita nak pikul tanggungjawab menyimpan rahsia orang lain. Kita takkan mampu jadi penyimpan rahsia orang lain kalau rahsia diri, rahsia keluarga,mertua,adik beradik & sedara mara pun kita tak mampu tahan diri untuk tidak bercerita secara terbuka kepada orang yang tidak kita kenal macam tulis di wall FB & Blog.
nak layan perasan tak perlu guna media sosial yang sekarang ni menjadi medium paling pantas menyebarkan cerita & berita. Kalau rasa tension sangat tak boleh nak tahan cuba lalaikan diri dengan buat benda lain yang boleh melupakan seketika masalah emosi kita tu macam try buat magic mudah macam ni >> Video! Tutorial mudah dari Juara Ahli Silap Mata dunia cara buat magic paling senang & simple << Serius dengan cara tidak melayan sangat emosi, kita boleh dapat ketenangan sementara bukan dengan bercerita semua perkara kat laman sosial. Benda tu kadang2 buat kita bertambah stress kalau tak dapat feedback yang kita harapkan.
Belajar untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang emosi & perasaan kita lebih2 lagi melibatkan orang2 yang ada pertalian yang rapat & dekat dengan kita untuk tidak buat kita menyesal kemudian hari. Manusia ni bila marah habis semua dia cerita buruk keluarga dia yang dia tak suka.. Tak mustahil satu hari hubungan renggang tu jadi rapat kita akan rasa menyesal mengaibkan mereka.
Moral of the story.. Serius benda paling buang masa kat laman sosial ni adalah terlalu kerap dok cerita kat orang pasal perasaan & emosi kita. Cuba tanya pada diri apa yang korang dapat?? Ketenangan? Berapa lama?? Berbaloi ke? Kalau dah cerita pasal emosi tak pernah habis cuba fikir adakah cara tu berkesan? Serius perbuatan yang sangat sia sia kalau perkara tu tak mampu menyelesaikan masalah emosi & perasaan anda untuk jangka masa panjang.
Hihihi...terkadangggg...terrrr luahhh jugakkkk
ReplyDeletekite pun ada masanya terluah jugak.. sbb geram.. tp mmg tak bermakna pun.. sbb kadang2 bile ada yg komen2 tu buat kite lagi sakit hati pulak.. hehehe...
ReplyDeleteMemang betul apa sis cakap.. Rasanya kat media sosial bukan tempat yg sesuai nak luahkan emosi. Sebab takut di salah tafsir dan di sebar luaskan. Bahaya.
ReplyDeletebila dah geram semua terluah haha
ReplyDeleteiday setakat ni kalau gaduh rumah tangga , gaduh antara family, emo emo belum lagi, tapi kalau yang kelakar2 tu memang rasa nak cerita. hehehehehe
ReplyDeletePernah juga buat.. Dah sedar delete semula sebelum orang lain baca.. Hehe
ReplyDeleteermmmm...tepuk dada tanya hati..tanya akal....muhasabah diri selalu..
ReplyDeletethumbs up entri ni
Memang annoying dengan sesetengah orang yang sesikit hapdate status FB semua orang tak betul dia saja betul, pastu delete. Takde kredibiliti langsung.
ReplyDelete