Terdapat satu tempat bernama Phoenix Ancient town Juga dikenali sebagai Fenghuang Ancient City, ia adalah sebuah bandar yang di jaga dan dipelihara dengan baik yang terdapat adat yang berbeza, tinggalan seni bina, seni, bahasa etnik dan lebih daripada Qing serta gaya Ming. Di kekalkan dengan gaya purba yang tak pernah di ubah dengan kemodenan
Antara menarik yang lain adalah Pulau Oren, iaitu sebuah destinasi pelancongan yang cantik. Ia terkenal kerana tempat itu adalah sebuah pulau kecil di Sungai Xiangjiang yang dipenuhi banyak pokok limau China. Sewaktu musim luruh, anda akan dapat lihat oren China berwarna kuning bergayut di ranting pokok. Dari pulau tu juga anda dapat melihat pemandangan di gunung Yuelu amat cantik.Selain itu,Ada Sungai Liuyang mengalir melalui daerah Bandar Changsha. Untuk mengetahui sejarah Bandar Changsha, anda boleh berkunjung ke Muzium, Provinsi Hunan yang terletak di tepi Sungai Liuyang. Banyak artifak yang bernilai seperti alat gangsa yang paling kuno, lukisan sutera dan lain-lain. Kesemuanya digali keluar dari kubur purba di Changsha yang masih dipelihara dengan baik.
Kalau
korang nak tahu banyak lagi tempat menarik & gambar di changsha
yang memang cantik2 korang boleh baca & tengok kat sini. Lagi satu kalau korang nak tahu apa kaitan changshang dengan filem Avatar korang kena baca ni >> Yang Anda Belum tahu tentang Changsha <<
Dari
artikel yang aku baca & kongsikan kat blog memang changsha agak
menarik kalau kita nak jadikan destinasi percutian. Mungkin bagi mereka
yang suka melawat tempat2 yang cantik dengan alam semulajadi, banyak hasil seni zaman purba, budaya & sejarah. So, sesekali ubah angin duduk di tempat penuh dengan
alam semulajadi ni pun ok jugak kan?
Tengok gambar yang pertama pun dah terus jatuh cinta dengan kecantikannya. Teruslah sambung membaca. Memang cantiklah. Tak rugi kalau pergi. Tapi bab berjalan atas kaca tu oh tidaklah...seriau tengoknya!
ReplyDelete