PENGAWAS PEPERIKSAAN TERTIDUR SEMASA KERTAS MATEMATIK PMR
![]() |
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Kalau dulu sebelum PT3... Tahun2 aku sekolah ia di panggil PMR. Penilaian Menengah Rendah. Tapi sama jer.. PMR pun berlaku semasa di tingkatan 3. Time umur2 macam tu memang tengah galak dok explore dunia. Zaman memberontak nak kebebasan.. Time2 umur macam tu la. Zaman mula lupa daratan pun yer jugak. hahahaha..
Nak di jadikan kisah yang paling mencuit hati masa kertas matematik tu.. Pengawas peperiksaan yang bertugas tu tertidur atas kerusi di depan kelas. Mula2 ok la.. Dia mundar mandir pantau calon2 yang sedang jawab exam tu. Bila dia kembali duduk kat tempat tu tetiba dia terlena. Apa lagi aku tengok memasing leher jadi panjang macam zirafah. Mula ambil kesempatan nak meniru. Aku ni memang jenis ego tinggi kot.. Aku sedaya upaya tak nak meniru pun. Time tu ntah kenapa aku rasa taknak pulak ambil kesempatan. Sumpah! memang aku tak ambil kesempatan meniru pun walau ada peluang. hehehe
Bila ingat balik macam kelakar pun ada. Nasib baik tak kantoi pengawas peperiksaan yang tertido masa peperiksaan berlangsung.. Kengkawan aku yang meniru tu pun selamat sampai sekarang ahahhaa... Aku Alhamdulillah lulus kertas Matematik walau tak meniru. kekekeke
Kalau zaman sekarang benda tu berlaku & ada yang nampak. Kebetulan pula dia ada smartphone confirm dia buat live video kat FB & jadi viral macam 9 live Video ni >> 9 Facebook Live Video Yang Menjadi Viral Baru Baru ini >> Nasib baik zaman aku tu.. Cuma budak2 reti guna telefon rumah dengan public phone je. Handphone time tu memang dah wujud tapi bukan semua orang mampu milik lagi.
Moral of the story.. Kepada pengawas peperiksaan PT3 hope jangan berlaku perkara macam tu yer... Pastikan cukup tidur. kekekeke
hamboii... haha... mengantuk oii jaga pereksa tau.. kena exam SPM lagilah.. berbakul kopiko telan sambil jenjalan tuh.. hehe
ReplyDelete