JODOH TU SAMA JE MACAM MATI
![]() |
Sumber Google |
Sama la macam jodoh.. Ada orang yang memang nak kahwin awal tapi jodoh datang lewat. Bukan dia yang merancang jodoh tu tapi Allah dah tulis bila jodohnya akan sampai. Ada orang tak pernah plan pun nak kahwin dalam usia muda tapi bila dah Allah tulis jodoh dia dalam usia muda maka terjadilah perkahwinan tu. Kita ni merancang jer.. Kadang2 perancangan kita tak sama macam perancangan Allah & kadang2 perancangan kita kebetulan sama seperti yang Allah rancangkan untuk kita. Kita cuma berusaha kearah tu.. Tapi bukan kuasa kita untuk tentukan bila jodoh kita.
Memang kahwin awal banyak hikmahnya.. Cuma bukan semua orang jodohnya awal atau ada jodoh dalam hidupnya. Kesian la orang2 yang tengah tunggu jodoh tak sampai sampai tu.. Mungkin depa akan terasa macam terlepas moment2 yang indah sebab jodoh tak sampai dalam usia muda. Jangan risau.. lambat atau cepat, mohon jodoh dari Allah. Insya Allah.. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita.
Tapi tak guna la jugak la kahwin awal tapi persediaan untuk hadapi alam perkahwinan tu tak ada.. tak kemana jugak. Ingat tak pengantin budak 12 tahun haritu.. Sebab terlampau muda, tak ada ilmu, tak matang, persediaan tak ada.. akhirnya bercerai. Kita nak kahwin biarlah orang tu boleh jadi orang yang mampu kita sayang walaupun perasaan sayang tu kita pupuk selepas perkahwinan. Bila sayang kita akan jaga dengan baik. Tapi sejauh mana sayang kita tu perlulah di zahirkan dengan perbuatan tak boleh hanya dengan rasa je.
Moral of the story.. Alhamdulillah pada mereka yang jodoh sampai awal tapi tak payah la nak menunjuk sangat pada orang yang masih tak datang2 jodohnya atau jodoh terlepas flight so sampai lambat sikit. Sebab lambat atau jodoh tu sampai tak menjamin anda lebih bahagia dari orang lain. Ia bergantung pada bagaimana kita mengemudi perkahwinan kita tak kira kawen cepat atau lambat. Ini cuma pandangan peribody aku yang lepasan tadika kemas. peace yo!
seyes..akk pun tak sangka akk blh kawen usia 18 tahun....memang tak sangka...dapat jodoh awal2 camtuh...tapi apa2 pun syukur sangat...semoga Allah panjangkan perkahwinan akk smpi habis nyawa...
ReplyDeletesaya first love husband saya ni haa..huhu..mmg jodoh, Allah tak nak saya jumpa org salah sebelum kawin kot..huhu..
ReplyDeletedulu skolah minat2 camtu je kat org lain...nasib baik bertepuk sebelah tangan je..hehe
Kalaulah jodoh tu ditangan akak, memang ramailah calon jodoh tu. Nasib baiklah di tangan Allah. Kalau tidak, umur 14 tahun akak dah terfikir nak kahwin, maklumlah jodoh bukan main ramai katanya! Kah3x.
ReplyDelete