JALAN LAMA VS LEBUHRAYA
Alkisah Ahad haritu sang lekit balik kampung. Dengan hubby sejak dari dulu kita tak guna highway sepenuhnya. Kadang2 kita belok jugak guna jalan lama. Bukan apa kita suka menikmati perjalanan di samping kos pun jimat tapi sebab paling utama boleh singgah makan tempat yang best sikit. Makan kat R & R ni pepaham je la.. harga mencekik darah, sedap tu takde sangat. Dah tu kalau musim cuti orang macam semut.
Bila guna jalan lama.. jalan2 kampung, pekan2 & bandar kecik2 ni best sikit. Bila2 rasa nak berhenti tu boleh. Kalau guna highway.. Mana boleh suka hati nak berhenti kan?? kena tunggu sampai R & R jugak. Bila ada baby lagi la sang lekit rasa ikut jalan lama lagi berbaloi sebabnya..
Semalam.. Petang tu kita bertolak nak balik. Dah tak ingat kat mana. Lala ter poo poo lak. Bila dia poo poo. Biasanya sang lekit takkan tunggu lama2 bila dia poo poo.. terus cuci je. Nak cuci kat tengah2 highway.. masa tu pula jam. Nak sampai ke R&R seterusnya ada la dalam 10km lagi. Apa lagi siren kecemasan lala pun bunyi dengan nyaringnya. Pujuk pun dia tak layan dah. terpaksa la melompat ke seat belakang kereta.. cuci poo poo lala & tukar pampers. Siren dia tak boleh off selagi tak cuci. Lala punya Volume, Jacklyn Victor pun kalah. Dia punya high pitching boleh meroyan sekejab la sesapa yang dengar.
Terdetik di hati.. Kalau ikut jalan lama kan lebih bagus. Boleh berhenti je kat mana2. Tak perlu di hiburkan dengan vokal lala bila poo poo dia lambat di cuci. Cuci dalam keadaan kereta bergerak ni pepaham je la. Cuci dengan tisu lembab je.. Lepas tu kena cepat2. Lepas ni biarlah lambat sampai kampung, ikut jalan lama lagi afdal rasanya kalau balik kampung dengan baby ni. Lagipun sebelum ada baby pun kitorang selalu guna jalan lama. Separuh je guna highway pun sebab tu la kita dapat jumpa restoran Mee Rebus tapah yang mee rebus dia memang malatop. Mee rebus je la yang sedap kat situ.. lain2 makanan tak jamin sedap sebabnya semalam sang lekit ada juga cuba nasi ayam kat situ tapi lebih layak ayam yang makan. Rasa yang sangat hampeh & sup dia pun macam air kosong.
restoran kat tapah?kene pegi ni kalo lalu..
ReplyDeletetulah, kalau ada anak kecik ni memang susah nak jalan jauh! terpaksa lalu jalan lama yang senang nak stop bila2 kan?
ReplyDeletetak kemana2 ...kena demam makan durian terlebih...hehe
ReplyDeletenampak menyelerakan..ada udang tk ? :)
ReplyDeletehahaha mcm kenal jer restoren ni. yeah mmg tak dinafikan kehebatan mee rbus dia tu
ReplyDeleteikut jalan lame lagi best...
ReplyDeletedpt tgk keindahan alam...
dpt tgk umah cantik2...
kalo time malam raya...
dpt tgk byk pelita cantik2..
=Jom Join!=
http://www.kaiakihiro.blogspot.com/2012/01/kenapa-kai-akihiro-kene-kasi-saya.html
salam mummy lala..
ReplyDeletemuehehe..dok baca part lala melantunkan vocal x menahan tu.. ^_^
dah ade bby ni camtu la..time nk poop kat dlm keta,umi la yg bertungkus lumus mbersihkan..
cma setakat ni suka highway lg dr jln kmpung.. huh..
xpernah lg pegi restoren tu..
kalau saya balik melaka mula2 lalu PLUS sampai pedas pastu ikut jalan dalam yang damai...keluar ikut alor gajah cam membazir tol hahahaha
ReplyDeleteKalo musim cuti panjang, lebuh raya pun sesak.. Hi3!!!
ReplyDeletebiasalah bwk anak-anak..
ReplyDeletemusim demam agaknya sekarang,
ReplyDeleteramai yang demam.. sis jangan lupa mam ubat ! :)
sian lala demam
ReplyDelete