BAHAN LUCAH JADI PILIHAN UNTUK SESUATU TUJUAN

6/25/2011 04:00:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Bila terbaca berita hari ni tentang sekali lagi salah satu masjid di pulau pinang di kejutkan gambar lucah dalam naskah surah yassin macam terjadi tak lama dulu di sebuah masjid di pulau pinang juga. Kalau dulu 9 naskah surah yassin menjadi mangsa golongan yang sengaja nak menghina Islam, kali ni 11 naskah surah yassin di jadikan album gambar lucah pula.

Kalau kanak - kanak terlalu terdedah dengan benda2 lucah, apa akan jadi?? hasil carian google. sekadar hiasan

Terkenang kes yang masih dalam perbicaraan tentang video lucah seorang pemimpin parti politik. Tetap isu lucah di gunakan bagi menjatuhkan pihak lain. Dan isu blogger/blog lucah untuk menaikkan traffic di blog. Buat cerita lucah, maki hamun dengan perkataan lucah, paparkan gambar lucah semata - mata mahu rating & ranking blog naik.

Apakah benda lucah tu saja yang menjadi perhatian masyarakat kita? Sana - sini guna isu lucah untuk menaikkan atau menjatuhkan pihak lain mahupun diri sendiri. Takde pendekatan lain ke nak guna kalaupun nak menaikkan diri sendiri atau takde cara lebih mulia ke nak guna kalaupun nak bersaing dengan pihak lain. Balik - balik bahan lucah juga di guna pakai.

Sampai jadi pelik sang lekit tengok fenomena lucah sekarang. Masing - masing nak guna bahan lucah. Sebab tu budak kecik sekarang pun dah pandai melucah & buat benda - benda lucah. Terlalu terdedah dengan perkara lucah secara umum. Yang menyebarkan isu2 lucah ni tak fikir ke kesannya pada generasi yang sedang membesar ni?? Masing - masing fikir kepentingan sendiri je. Benda - benda lucah ni macam dah jadi perkara biasa sampai iklan tv pun dah tak sensitif lagi pasal ni. Bagi mereka mungkin sesuatu yang berunsur kelucahan mampu menarik perhatian orang ramai.

Kalau tak di bendung tak mustahil masyarakat kita akan di sebelungi kelucahan tanpa sempadan lagi di masa akan datang sebabnya isu lucah sekarang macam tak di anggap satu benda yang memalukan dah.

Ini sekadar pandangan & pendapat peribadi sang lekit saja tentang isu2 semasa yang sang lekit lihat,baca & dengar setiap hari. Tidak berniat untuk menjatuhkan atau mengaibkan mana - mana pihak. Kalau ada yang terasa hati dengan entri ni terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

8 comments:

  1. hmm mmg lah kak,sy baru tgk 1 entry blogger,budak2 sekolah banga meraba2,ya allah,siap tangkap gambar.akk bygkan lah.boleh dorg main2 benda cm tu kan.

    yassin pon buat main tak tau lah saye nk ckp.jwp lah kat akhirat.tu je.

    ReplyDelete
  2. alaaa sang lekit, sy nak tengok jugak buktinya gamba lucah dlm surah Yassin tu..sy tak penah tengok. rosak!!! mmg tak selamat siapa yang buat tu.
    eh! korang muda2 ada menabung tak?

    ReplyDelete
  3. yassin letak gambar lucah..apa ni? mmg memalukan betollah kalau kita letak gambar lucah kat kitab bible mesti paderi2 tu marah kan...ni pulak islam...mcm kes mak cik hajjah sitt al wuzara tu dia hina nabi,mengaku islam sejati hina ALLAH & nabi..apa cite...ish....semoga ALLAH berikan balasan yg setimpal ke atas mereka2 yg lakukan perkara terkutuk tersebut..

    ReplyDelete
  4. skrg ni dah jadi kebiasaan pulak merata2 ada majalah lucah. hmm. siapalah yg buat perkara mmc tu smpai surah yassin pon jadi mangse

    ReplyDelete
  5. tp kan dik lekit...memg itu pun yg banyak..sejak dua menjak ni selalu akak tgok entri pasal dada besar, contest tengok dada la..pasal itu la ini la...kalau bebudak tgok tajuk gitu..tentulah dia klik nak tengok isinya kan...

    ReplyDelete
  6. orang yg suka melucah utk tarik perhatian ni ada masalah dengan 'idea' dan keyakinan diri...


    dia ingat org suka sangat la kalau asyik nak melucah je.. lama2 org bosan wei....

    kan nyah kan...nyah... pinjam legging pink nyah!!!! wakakakakakaka

    ReplyDelete
  7. aduh banyak lucah dalam ini artikel hhee.. saya terbaca dalam satu artikel.. website lucah paling banyak dikunjung di seluruh dunia..

    ReplyDelete
  8. aiyoo....xde mende lain nk melucah aje..haisshhh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com