SELAGI TAK MATI KAU TEMPEK ATAU TELAN LA UNTUK CANTIK
Aku bukanlah pengguna produk kecantikkan kontroversi tu.. antara sebab aku tak beli/guna Satu aku memang tak suka sangat beli Online.. kedua aku tak berapa percaya produk kecantikkan online ni (bukan semua tapi kebanyakkan. Kalau aku nak beli sangat pun aku akan siasat KKM & status halal dia dulu).. ketiga.. aku memang tak percaya produk takde KKM.. keempat, aku agak ragu kalau produk tu harga murah, kesan boleh nampak dengan cepat. Sebab nak memulihkan kulit rosak atau mencantikkan kulit wajah ni bukan benda mudah yang boleh cantik dalam masa 3 hari je. Kalau betul ada.. sangat2 meragukan bahan/ramuan yang di gunakan lebih2 lagi yang takde KKM ni.
Ada jugak yang kata.. mentang2 produk tu laris mula la orang cari salah untuk jatuhkan produk tu. Cari salah amendanya.. Kalau dah sah2 takde KKM.. kalau dah terang2 orang tunjuk muka depa jadi rosak lepas guna produk tu tak salah depa share dengan orang lain supaya tak terima nasib macam depa.
Ada jugak yang kata.. Napa ada orang pakai ok jer. Tu tak sure. Maybe kulit depa kebal & kental & ambil masa sikit untuk rosak. Tapi kalau dah takde KKM & ramai mengadu kulit jadi masalah dengan produk tu.. nasihat aku becareful je la. Kalau cantik sampai akhir hayat dengan produk tu Alhamdulillah la.. Kalau tiba2 separuh umur datang pulak penyakit lain akibat penggunaan produk tu menyesal pun dah tak guna. Yelah.. separuh umur dok tenyeh, tempek, tampal muka dengan produk beracun yang di sangkakan selamat selama ni tup tup setelah berpuluh tahun guna baru percaya & tahu produk tu memang betul2 beracun.. takut tak sempat patah balik je la kan??
Sebab tu penting sangat pengesahan KKM.. bukan aku kata produk takde KKM tu semua tak selamat tapi sebagai pengguna pengesahan KKM je boleh membantu kita untuk tahu produk tu selamat atau tak. Nak2 lagi produk dari luar ni... Tapi kan, memang dah perangai manusia kot. Selagi tak mati selagi tu dia rasa selamat. Apalah sangat kalau jerawat bertaman kat muka.. katanya tu tanda2 pemulihan kulit jer. Bukan rekaan tau pengakuan dari kawan aku sendiri guna produk kontroversi tu.. bila dia tanya orang yang jual.. orang tu cakap biasa la tu proses pemulihan kulit walhal orang tu dari kecik sampai beranak pinak kulit tak pernah ada masalah jerawat pun. Produk kontroversi tu pun adik aku guna. Sekarang dia dah bakul sampah benda tu sebab mengalami masalah yang sama bila pakai. Mula2 cantik.. kulit cerah licin.. bangga tayang muka kat aku suruh aku komen kulit muka dia.. alih2 lepas sebulan ke 2 minggu camtu.. bertaman jerawat la muka dia.
Jadi yang mana2 masih mempertikaikan orang yang cuba mendedahkan produk ni tak selamat tu harap fikir panjang. Pada yang mengedar mahupun mengguna. Produk ni dah terang2 salah takde KKM status halal aku tak sure la. Kot mana pun status keselamatan produk ni memang takde sapa dapat sahkan selagi takde kelulusan KKM nak2 lagi ramai yang ada masalah lepas pakai. Jangan dah terhantuk baru terngadah sudah!
Ni aku share jugak la untuk rujukan korang produk2 yang ada mercury yang di katakan tak elok untuk kulit supaya korang dapat periksa produk korang guna sekarang adakah mempunyai ciri2 tersebut
P/S : Aku taknak mention produk apa. Sapa tau.. mak tahu la yer
nasib baik lah saya bukan jenis yg suka dgn produk kecantikan....
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteSetuju dengan tuan blog, saya juga pilih produk tertentu yang selamat sahaja. kena ada KKM, kena ada halal Jakim. Kena juga tahu kandungannya tak ada barang terlarang. sesuatu produk yang nampak Ajaib tu memang confirm ada barang terlarang sebab untuk sesuatu produk yang baik mcm manapun perlukan masa untuk diserap badan.
Cantik segera dengan akibat yang buruk di kemudian hari terutama libatkan kesihatan (penggunaan bahan kimia terlarang byk sebabkan kanser, kerosakan buah pinggang dll) akan menyusahkan diri sendiri juga. Baiklah kekal sihat.
diorang tak peduli semua tu bila nampak cepat nampak kesan je bulu2 kat badan semua teruja nak mencuba.. yang murah tu murah la..yang mahal pun jangan cerita..ada je yang sanggup bergolok bergadai nak bagi rosak muka..
ReplyDeletesaya bab2 benda sapu kat muka ni mmg sensitip sungguh..
duluuu akak mengalami masalah kulit yang teruk, panjang ceritanya. Boleh buat satu entry, hihi. Tapiiiii, muka akak mmg brmasalah, tu yg cuba mcm2 produk. Ni kalu muka dah elok cantik lawa knp lah nak pakai produk yg bukan2, tu yg akk tak faham, huhu
ReplyDeleteKadang2 muka dah lawa dah nak lagi lawa... Terima je la akibat nanti :)
ReplyDeletesalam mami lala..
ReplyDeletetagline 'cerah dlm masa singkat' tu amatlah meragukan.. huhuhu