DATO VIDA TAK PUAS HATI TERPAKSA BEREBUT MIKROFON DI GEGAR VAGANZA 3
Aku tak sokong sapa2 pun sebab tak tengok kan.. Cuma ikuti cerita, gosip atau apa2 berita berkenaan rancangan tu kat media sosial je la. Terbaca kat Mynewshud blog yang Dato Vida pengasas produk paling kontroversi & sensasi tu katanya tak puas hati dengan tindakkan pihak astro yang tak nak bagi dia mic walau dia yang taja rancangan tu. Malah dia kata rancangan lain jugak sama dia di layan macam tu. Dia terpaksa buat muka tak malu dok rampas mic dari orang lain. Katanya dia bukan nak masa yang lama nak promosikan produk dia hanya beberapa minit je sebab katanya dia tak boleh bergantung pada pada slot iklan je.. Tapi selama ni aku dok tengok dia taja rancangan apa2 pun memang over sangat dia cakap pasal produk atau minta produk dia di sebut sebut sepanjang siaran. Tu kalau cakap pasal produk tak masuk lagi bab dia merapu. Berbanding pengasas produk lain.. yang besederhana je. Dato Vida ni kalau boleh dia nak rancangan dia taja tu jadi macam iklan produk dia sampai orang menonton pun jadi spoil mood. Sampai meluat la orang nak tonton rancangan yang dia taja tu.
Padan la Astro tak sediakan microphone untuk dia. Kualiti rancangan tu pun orang nak jaga jugak. Nak nak lagi astro sekarang sedang meraikan ulangtahun ke 20 & tengah nak bagi penonton setia mereka hadiah. Nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini >> Bagi meraikan Ulangtahun ke 20 Astro nak bagi hadiah yang anda takkan sangka. Meh tengok sini << Jadi astro nak jaga jugak la penonton mereka. Astro pun sedia maklum ramai yang annoying dok dengar Dato Vida meraban kat setiap rancangan dia taja so mereka terpaksa hadkan masa dia bercakap. Kalau bagi mikrofon satgi lupa diri pulak katanya. Gegar vaganza ni aku tengok antara rancangan yang mendapat perhatian ramai jugak la. Kalau iklan produk & diri dia over expose, pepaham je la mungkin rating rancangan tu pun boleh terkesan.. Orang menonton pun boleh hilang mood ye dak.
Moral of the story.. Setiap tindakkan tu pasti ada sebab. Takkan pihak astro saja2 je nak menganaktirikan penaja rancangan depa, ye dak. So Dato Vida pun kena faham tak semestinya kalau dia taja sesuatu rancangan tu semua kena ikut telunjuk dia dari A to Z. Kalau nak macam tu sila buat rancangan sendiri tak payah taja rancangan orang. hehehehe
Memang gigih dia berebut mic haritu. Tapi sebab auni jenis kipas susah mati Dato Vida, maka....rasa enjoy plak tengok dia buat perangai.. hihi
ReplyDeletekan. bagi dekat dia mic entah apa2. dah la dia yang sponsor.
ReplyDeleteKata tak melanggan astro, tapi promote astro pulak. Propa jak semata
ReplyDeleteperasan dia berebut tu..ingat ke saje2 je GV buat camtu kat dia..huhu
ReplyDeletewalau kaya macam mana pun tapi bila buat perangai mcm ni nampak tak class. low class. cheap!
ReplyDeletedah tau dia cam tu.. awat dok terima lagi dia jadi penaja.... pasal nak kan duit dia kannn
ReplyDelete