AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU
Sumber Google. Sekadar hiasan |
Pagi ni try la buka.. kat salah satu website membeli belah terkenal ni.. Mak Aii.. kenapa harga masa sales lagi mahal pulak dari sales? Sales celah mana.. Ok.. bukan jiran dia satu lagi website. Tengok Item item dalam draft (ni perangai den suka add cart tapi beli belum tentu) pun sama. Kalau pun tak mahal harga dia sama je sebelum sales besar besaran. Tapi claim potongan harga dari 50% - 70% tu. dia potong celah mana kalau harga sama je sebelum sales atau lagi mahal dari sebelum sales.
Saya percaya ramai hari ni akan berbelanja sakan.. Sebab mentaliti pembeli ni asal sales murah dia tak survey dah harga sebelum ni macam mana. Time sales macam ni memang ramai seller akan manipulasi harga untuk menampakkan sesuatu barang tu nampak murah & ada potongan harga yang banyak padahal sebenarnya kadang2 tak ada apa2 diskaun malah ada yang markup harga lagi mahal dari sebelum sales sebab depa tau dengan promosi kononnya sales besar besaran pembeli akan percaya harga barang tu jadi murah. Walaupun bukan semua seller di portal membeli belah macam tu tapi percayalah ramai yang macam tu.
Sebagai pengguna penting kita survey.. Cara tu je kita tak mudah di tipu. Memang la nampak urusan jual beli tu sah.. Kau bayar aku hantar barang kau tapi secara halusnya anda di tipu dengan promosi 'Sales' tu. Tetiba masa sales korang bayar harga lebih mahal dari harga biasa. Tak ke rugi. Nak jimat konon beli masa sales.. alih alih.. krik krik je.
Tip dia mudah.. Kalau korang nak tahu barang yang korang nak beli tu betul betul ada potongan harga yang banyak semasa sales besar besaran di adakan macam hari ni.. Sehari dua sebelum sales bermula survey siap2 barang yang korang nak beli. Add dalam draft atau cart shopping tu. Bila hari sales bermula tengok harga balik dalam draft. Adakah sama atau lebih murah atau lagi mahal. Kalau murah berganda ganda boleh la beli.. kalau harga sama atau lagi mahal.. lupakan je. Sia sia berebut2 nak beli time sales. Time sales ni tahu tahu la ramai yang membeli.. akan jadi masalah penghantaran. Memang lambat.. barang hilang.. bla.. bla... tak berbaloi membeli time sales tapi bayar harga mahal & terpaksa tunggu lebih lama dari hari biasa barang tu untuk di hantar.
Kesimpulannya.. Korang beli apa hari ni? Semoga tak kena klepet (tipu) dengan seller yang ambil kesempatan dengan perkataan 'sales' yer.. Den memang tak membeli apa2 lepas tengok rega semua tak ada yang murah dari sebelum sales. Sampai hati mainkan hati I macam ni tau hahahhaa
Saya sekadar jenjalan jer di lazada..cuci mata :)
ReplyDeleteSy pun setakat membeli belah di jendela je tadi di lazada sbb memang perasan harganya sama je mcm minggu lps. Mujur pakcik berhati2.
ReplyDeletedulu pernah baca kes mcm ni. konon ada sale padahal harga tetap sama je dari sebelumnya. nasib baiklah kad atm echa hilang dan dah kena block. kalau tak ada juga terjebak dgn sale 11.11 ni. hihi.
ReplyDeletesetuju tu ... time sale ni kena hati hati ... adik saya dulu pernah bekerja sbg promoter barang, so dia explain kat saya, kalau nak beli barang time sale, beli jer lah yang potongan 10% - 30% , tu betul2 sale ... yang lain tu dia bgtau saya "kakak fikirlah sendiri" ... krik krik kan ...
ReplyDelete