21 June 2011

GAJI DARI NUFFNANG & EXABYTES

Nuffnang bulan lepas lagi sang lekit dah terima cheque. Tepat seperti yang di janjikan mengikut syarat - syarat yang di tetapkan. Alhamdulillah.. Takde la ribu riban.. Tapi ada la sikit. Ok la tu.. sambil - sambil dok membebel dalam blog, orang bagi duit kita ambil la. Takkan nak buang pula walau 10sen pun.


Hari ni Cheque dari Exabytes pun sang lekit dah terima walau kontrak dengan Exabytes ada 1 bulan lagi. Pun tak banyak mana tapi macam sang lekit kata tadi, orang bagi kita ambil. Lagipun bukan mencuri. Tak salah kan?? Memang kedua - duanya (Exabytes & nuffnang) memberi perkhidmatan yang baik. Takde delay2 nak bayar. Macam mana janji, macam tu la dorang buat. Syabas!


Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk duit yang dapat hasil berblog. Nak tunjuk pun rasanya gaji korang lagi banyak. Sekadar memuji service dari dua pihak yang terlibat ni. Kedua - duanya pendapat pertama sang lekit hasil dari blog yang masih di tepian longkang. Semua tu rezeki kurniaan Allah juga. Kalau nak bagi tips macam mana nak dapat income tak berblog sang lekit tak reti, SEO ke apa ke tak payah tanya la memang tak tahu. Apa yang sang lekit tahu tulis blog. Iklan tu cuma pacak jer.. Dia nak menari ke, berjoget ker, menonggeng ke apa ke tu terpulang pada pihak pengiklan la.

Apa yang penting dalam berblog ni kalau tujuan kita memang nak cari pendapatan sampingan, kalau hajat tak sampai kita akan rasa kecewa tapi sang lekit berblog tidak meletakkan Duit tu sebagai matlamat. Sebab tu la walau nuffnang lama tak bagi BE pun masih blog ni di update dengan ghairahnya. Walau yang dapat tak seberapa pun tetap la blog ni di belai - belai hari - hari. Tapi dah alang kepalang ada blog & boleh menjana pendapatan, tak salah kita cuba. kan??

20 Komen Melekat:

penaberkala said...

yup setuju, yang penting kepuasan dalam berblog
duit dan lain2 no dua
sebagai bonus

exabyte tu camne plak?

Syafiqah Takiyudin said...

setuju! sy pun baru letak ads nuffnang ni. takdela mngharap sgt. blogging sbg hobi je. :)

sabree hussin said...

bila masa dah besar-besar macam ni, nak dapat RM0.10 pun susah, tapi dengan ada blog ni nak dapat extra income tak jadi hal lah

Aini Azman said...

akk exabytes ni mcm mana ea??jejas status glitterati nuffnang x?

Yatt S. said...

tahniah. betul tu, jangan jadikan duit matlamat utama dalam berblog. sebab kalau tak dapat, nanti kita juga yang rasa hampa ;)

Stop Play Innocent, Angel.

suria lekatlekit said...

Exabytes bukan iklan pesaing Nuffnang so dia tak ganggu status Glitterati

AZRI said...

wahhhh,congrats2..

btw,exabytes tu ape?
x pena dgr ponnn-.-


jemput dtg ke blog sy yg pernah kene HACK ngn anonymous

bicara mak dara said...

pewittt cayalah... =)

Unknown said...

nak legging harimau bintang!!!!!!!

halila Ibrahim said...

betul tu .. akak pun main pasang jer... janji akak tulis ..

Sharinginfoz said...

bagus juga, seronok kan dapat income

Cik Bambam said...

teringin nak pasan exabytes tuh..mcm mana ar lekit?

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahhh seklaigus dua...hambek ko...bole beli baju baby manyaks2x...
lalalalalaala

Ct Arina said...

tapi kan kak, nuffnang kate rules dorang blogger x boleh pasang iklan lain selain iklan nuffnang. cane nak taw sesuatu iklan tu adelah pesaing or pun bukan?

Ken Wooi said...

cool.. more earning :)

Aini Azman said...

kak,.buat la tutorial exabytes ni,.aini try google pon xde yg wat tutorial exabytes,.

☾SHiemaCMa786☾ said...

wit...wit...nak tuntut ais pop ni,...muehehehe..:P

Admin said...

Hmm entri macam ni beri semangat utk blogger lain, tapi kena pastikan ini bukan tujuan sebenar berblogging ... erkkk saya ada kupon exabytes baru menang adiah ... domain dan hosting ... :)

HAKMI said...

alhamdulillah...rezeki anak....bulihla wat beli barang baby kan sang lekit kan?.....

Amy Amira said...

alhamdullilah akak,rezeki jgn ditolak,tp sy buat blog suke2 je,hehehehe mmg x ade internet banking utk daftar ke nuffnang :( tp x apa belum ade rezeki sy lagi,tp kalau bisnes yg sy tulis tu sume sy dah delete dah,dah ade org marah kat sy padahal bkn join pon bisnes dari fb tu,hehehehehehehe

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;