30 September 2014

TERASA HATI DENGAN BLOGGER TERKENAL

Amboi.. tajuk entri nampak benar tacing hingga ke uraf sarat terhalus gitu. Mesti la den kan manusia bukan robot yang boleh setting perasaan. Perasaan den ni lahir secara semulajadi bukan di lakonkan macam pelakon drama tau. Kejadian2 hot semalam buat den tetiba teringat kisah nak kata lama tak berapa lama.. dalam 2 3 bulan lepas kot. Pasal terasa hati dengan seorang blogger yang kalau sebut nama & blog dia ramai yang kenal.

Alkisahnya berlaku sangat simple kejadiannya tapi cukup besar kesannya pada aku ni. Bukan la aku ni jenis simpan dendam atau cepat tacing tak tentu pasal cuma tu la.. kenapa? Sebab aku blogger yang takde nama besar dalam dunia blog ke? atau sebab aku blogger yang outspoken & dia blogger yang nampak alim2 warak gitu? Kejadian ni cuma berlaku kat satu status yang dia up untuk anjurkan nak kata contest bukan.. nak kata segmen pun bukan lebih kepada kerja amal jugak la. Blogger kena buat entri untuk satu isu tu. Aku ni minat la nak join.. So, ada la something aku tak paham aku tanya la kat komen status ni. Pada masa yang sama ada la sorang lagi blogger yang nama dia gah sikit la dari blog aku tepian longkang ni. Tak ramai pun komen masa tu. Dalam 2 3 komen jer....

Apa yang sentap.. yang aku tanya sampai sudah dia tak jawab.. yang blogger sorang lagi 2 kali tanya 2 kali reply tu. Aku tanya sekali lagi kot2 dia tak perasan komen aku.. pun dia tak jawab langsung. Kalau macam komen kat status beautifulnara yang beribu komen aku accept la jugak alasan terlepas pandang ni.. ni komen 2 3 jer masuk takkan tak nampak, kan? Dari niat nak sama2 join menulis kerja amal tu kat blog terus terpadam. Aku tulis jugak isu yang tu sebab atas dasar keprihatinan aku sendiri tapi bukan sebab nak terlibat dengan aktiviti anjuran blogger tu. Sebab isu tu isu semasa, sapa2 pun boleh tulis.

Sejak dari kejadian tu even aku masih nampak dia up status sebab masih friend kat FB.. aku segan dah la nak menyampuk join orang bersembang even aku memang suka join perbincangan isu2 semasa ni. Tapi takde la kata simpan dendam 7 keturunan.. cuma la hati terasa jugak. Low class sangat ke aku? Teringat aku satu peristiwwa kat parking mydin subang jaya.. sepasang suami isteri naik kereta import mahal jugak la berbanding aku ni naik kereta tempatan jer kan. Dia tengah siap2 kemas barang dalam bonet.. parking situ biasa la full hari minggu... asben aku tegur la tanya nak keluar ke? jangankan nak jawab.. senyum pun tidak. Pandang gitu jer. Dari penampilan nampak alim.. yang suami berjanggut ikut sunnah & berkopiah.. yang bini siap bertudung labuh tapi budi bahasa.. ke longkang jugak. Macam tu blogger yang tak pandang aku ni.. nampak alim gud gud jer.. tapi ada jugak sikap pilih bulu.

Sebab tu kat blog aku nampak support blogger popular yang sorang ni sebab dia tak pernah berlagak dengan aku dari blog aku takde apa2.. sampai sekarang. Aku malas nak up sangat la jasa2 dia satgi ada yang kata bodek tapi itulah orang yang banyak bagi peluang kat aku dalam dunia blog untuk aku merasa hasil dari berblogging. Dia cuma manusia.. mungkin dia ada jugak buat silap.. tapi aku tak boleh nafikan kebaikkan yang dia buat. Bila kita di atas.. sentiasa ingat.. yang mengangkat kita adalah mereka yang di bawah. Jangan nak kasta kastakan pergaulan kita dengan rakan blogger. Popular atau tak kita dalam satu nama, BLOGGER.

 Sekian Peace!
Sumber gambar google

26 Komen Melekat:

Hasbullah Pit said...

Nak komen, tak tau nak tulis apa...
Apa pun, selamat berblog

Tunsha Ayunie said...

Emmm ada jugak ke bloggers terkenal cenggitu?? siapa ekkk?? aku pun ada gak cam terasa dengan blogger2 terkenal yang tak endah komen aku, kalau yang sebulu sefemes tu gah pulak dilayan... biasalah kak suria, hati lain2... haha

Yana Yani said...

saya pun ada terjumpa juga blogger gitu
lagilah saya ni jenis cepat sentap, tapi tak adalah sampai lelama
cuma saya rasa terkilan juga dia buat gitu kan
manusia jarang nak ikut resmi padi
boleh kira dengan tangan sape yang buat gitu =)

chop? cik lekit tak popular? ish, tak betul statement
ada satu komen dekat blog saya yang minta pendapat tu kan
dia kata lebih kurang, dengarlah cakap lekatlekit tu, dia blogger femes

Encik JI said...

So konklusinya, pg matila sama blogger terkenal bajet tu haha.

Fiza Rahman said...

Sabar jer lah. Kalau jadi kat saya pon akan terasa jugak. Abaikan jer lah org mcm tu. Tak ke mana kalau nak menyombong dan pilih bulu.

al-lavendari said...

Tak apalah .. ini hari dia.

Zaki! Namaku said...

Benda ni memang predictable.. tak hairan yang so-called famous blogger tak pandang blogger picisan macam kita ni. Dorang hanya layan seangkatan dan layak je. Sorry to say, itulah masalah orang kita, dah rasa diri up sikit, terus lupa diri. Sigh..

Zaki! Namaku said...

Beb, macam isu ni terus naik kan.. ingatkan kita je yang perasan. Wahahaha.

Anonymous said...

sabar ye sis..selalu macam tu lah..sis lagi okey dari kathy...entri sis semua berkualiti tak macam entri kathy yang kadang² masuk tahap mengarut dah.... hehehehe...

Unknown said...

Jgn kita jadi mcm dia sudah, bila popular lupa diri. Siapa kata lekatlekit tak dikenali? selalu akak baca tulisan awak.... ingat tak? 😉

farhana mohamad said...

sabar kak. terasa kot kalau kena macam tu.
layan yang sama level dgn dia je, kita ni duk tepi2 je.
tapi sy suka akak. akak layan je pendapat budak2 macam sy ni.hee

Nurhaziq Abdul Hafiz said...

Banyak sebenarnya blogger blogger sombong kat luar sana dan sebab tu la saya tulis puisi Blogger Yang Sombong tu.

Ummi Aish said...

Dah kena byk kali. Blogger yg ada nama klu akk komen x balas dan x ingin langsung nk like tanda dia baca komen kita. Klu dia x reply komen org lain tu lain cerita la. dah biasa kena.. Hurmm

Zasillah Ariffin said...

adajer jumpa blogger macam ni...kadang2 tak pasal2 kita terasa ngan entry dia ker apa ker...tapi sabor jelah..kita ni blogger tak terkenal..nak sentap pon kang takder sape pon nak kesah. biarkan dia diatas..ada masa dia di bawah juga.

titan said...

siaa blogger sombong tu?

Mama Darwiish said...

sabar je la suria....penah juga dlm situasi ni....bak kate pepatah enggang sama enggang...x boleh terbang sama pipit......cit poooraaah....biarkan roda dunia berputar.....fighting!!!

Umi Nazrah said...

eh ada ke
baru tadi baca entry uzu emas putih, kes cenggini jugak
ish banyak pulak kes blogger ni eh
:(

Unknown said...

ish macam-macam eh hidup jadik blogger nih huhu

http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/09/mitos-dalam-menentukan-madu-asli-atau-tidak.html

ummizarra said...

sy blog picisan je. lagilah tak dipandangnye.
akk kira femes jugak lerrr...

Unknown said...

hihi..sapper lettew
pernah jugak rasa benda yg sama
lgpun sy kurang aktif bagi komen kat fb
tp klo dia buat dunno persoalan sy n x reply, xpe la, i lg x aktif nak bersembang byk kat fb
xpe..positifkan minda je.

akmaomar said...

Akak dah biasa kena dulu...takpelah org tak sudi huhu

Yana Halim said...

Dah biasa jugak kena. Tak pe la sue. Kita kwn dgn org yg sudi je.

saya tak tipu!!nina the mummy said...

adik suria........blogger tu takut melekat melekit kot kat blog adik!!!!! hehehe!!!

Suria Amanda said...

Dah org x sudi suria..biar la dia.....x rugi pun

Mar Mansor said...

kira nak meluahkan perasaan la ye..sabar2...ramai lagi yg sudi kan..

Pen Tekan Blog said...

payah aku nak cakap. Tak ada ayat dah.

Try terjah blog ni pulak
http://pentekan.blogspot.com

Post a Comment

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;