GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK
GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..
Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...
Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)
Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google |

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat.
Sumber Cerita : Berita Harian Online
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini