KAWEN SIMPLE SEKADAR RARE TAPI TAK TRENDY SAPA NAK IKUT

12/04/2014 11:27:00 AM suria lekatlekit 14 Comments

Zaman laman sosial memang zaman orang suka kagum lepas tu share. Tapi ikutnya tak.. Betul tak? Contohnya.. Bila nak kawen. Kemain ni semua orang pulun share kisah pasangan yang nikah hari yang sepatutnya hanya bertunang. Time tu semua konon2.. Nak buat perkara yang rare macam tu jugak la. Tak payah bazir dengan majlis tunang bagai.. Dah la zaman sekarang bertunang pun nak bersanding atas pelamin. Bukan sikit budget nak bertunang pun.


Tapi... Sayangnya hanya kagum & suka share jer.. Berapa kerat sangat yang sanggup skip2 benda2 yang tak buat pun tak dosa, kalau buat mungkin boleh hilang keberkatan macam pelamin bertunang.. Pelamin bersanding.. booth tu.. booth ni masa majlis kawen. Proop.. goodies bag bagai. Alih2 sampai hari kejadian tetap tak mampu melawan nafsu untuk terjebak dengan trend jugak. Masa sebelum kejadian bila baca kisah kawen orang yang simple & nampak rare.. Dia pun konon pasang angan2 nak buat benda yang sama.. Tapi sekadar angan mat jenin je la.

Bukan la nak kutuk.. Tapi ini realiti yang berlaku di laman sosial. Hanya sekadar Kagum tapi tak memberi apa2 makna pun. Ramai yang tak mampu melawan budaya2 baru yang menyerap masuk kedalam sesebuah majlis yang di raikan oleh orang Islam. Tak kira la apa majlis pun.. ada yang tak pernah di amalkan oleh adat melayu pun sekarang dah ada. Contoh macam baby shower... Padahal baby dok dalam perut lagi. Orang dulu kalau baby dok dalam perut buat majlis lenggang perut jer. Dan sekarang dah makin jadi budaya.. baling bunga pada flower girls pengantin. Paling tak boleh blah buat depan masjid lepas akad nikah.Takut nanti upacara akad nikah pun.. aku terima nikahnya jadi macam.. i do... hikhikhik. Nak sebut kasar sangat jadi pepaham sendiri lah yer.

Apapun tepuk dada tanya selera.. Kalau dah selera barat, sendiri mau ingat. Apa nak di kata, hak memasing kan? hahahaha..

P/S : Betul la dalam kehidupan kita sekarang banyak dah kebaratan.. Tapi dalam beberapa perkara penting & untuk jadi sejarah dalam hidup tu.. tapis2 la sikit. Peace!

14 comments:

  1. kita masih dijajah walaupun tidak dijajah lagi...

    ReplyDelete
  2. dulu aku kawen pon simple je..andai rezeki kawen lagi pon tetap nak simple gak..huhu

    ReplyDelete
  3. SAlam singgah..

    Jika sudi, follow blog saya ye...tq

    http://teratakcassia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Saya dulu kahwin memang simple jerk. Cakap je dengan Mak nak kahwin, dalam sepurnama Mak siapkan semua. Saya rileks je. Tak ke simple namanya? Hahaha...

    Gambar kahwin pun satu album je. Photographer pun cikai je. Takdalah macam sekarang ada pre wedding photos bagai. Lagi satukan, nasib baik masa kahwin dulu dah ada perisian komputer bagai. Boleh simpan dalam komputer. Kalau jenis yang cuci kat kedai tu, mahu melalak setiap kali pergi imigresen kena bagi satu gambar kahwin tanda kita memang dah kahwin dengan si dia!

    ReplyDelete
  5. haah.. betul sangat...=) rasa mcm bazir je sebenarnya..event kawin tu untuk sehari je.. tapi nk prepare nye 1/2 tahun awal.. banyak jugk pembaziran.. kann

    ReplyDelete
  6. betul.. buat yang wajib sudah.. kadang mama pun pelik gak, sanggup berlebihan dalam majlis yang tak sampai sehari....
    Mama Niza

    ReplyDelete
  7. setuju :) tak payah nak ambil pakej gedebuk gedebak sangat. rilek2 je ckup.
    insyaAllah

    ReplyDelete
  8. good one kak! kawen simple tetap pilihan saya haha

    ReplyDelete
  9. diorang pike perasaan orang lain, biasanya kalau kita buat simple sangat, orang ingat kita dah terlanjur. Tu la persepsi masyarakat kita.

    ReplyDelete
  10. Teringat time kawen dulu, semuanya serba sederhana tapi meriah dan langsung tak berhutang. Hantaran pun ayah letak sederhana ikut birthday saya 54xx walaupun time tu hantaran paling murah pun dah cecah 8k. Alhamdulillah, yang penting bahagia hingga ke akhir hayat, amin.

    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
  11. kebanyakkan orang kita ni suka akan 'budaya ikut mengikut'..eh retis buat camtu kau pon nak..walaupun bajet2 saja..
    tapi jawapan biasa..."zaman dah berubah"..emm..orang sekarang ni memang sukar untuk menerima teguran dan kritikan dan rasa dia saja yang betul..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com