BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR
Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la... nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak??
Bila keluar isu babi ni.. Akan muncul la status sarcasm yang konon kata Umat Islam malaysia sensitif isu babi jer.. Isu2 yang lain yang jugak hukumnya haram orang buat pejam mata. Ada yang kaitkan dengan aurat.. kaitan dengan riba... kaitan dengan macam2 perkara haram yang bagi mereka kebanyakkan orang pandang remeh. Takpe la kalau orang lain pandang remeh.. yang bercakap tu ambil berat sekadar nak sindir orang je ke? Kadang2 aku tengok yang cakap pun dalam pada masa yang sama pun buat jugak. Tapi takpe la.. sama2 ingat mengingati diri sendiri dan juga orang lain. Sekarang ni apa isu haram pun nampak semakin di pandang berat cuma tindakkan je ada yang berat & ada yang ringan. Kalau ada yang rasa orang ambil berat isu babi je gamaknya dia jarang online la kot... kalau selalu online takde dia rasa isu babi jer orang anggap haram, ye dak??
Kesimpulannya biarpun Aaron Aziz mampu meraih anugerah bintang paling popular namun populariti Aaron Aziz masih tak mampu tandingi Binatang paling popular iatu babi. Sungguh babi tak pernah kenal kita tapi kita sangat kenal babi namun apa yang berlaku bukan salah babi. Babi adalah makhluk ciptaan Allah & kejadiannya di muka bumi ni bukan takde peranan apa2 langsung even dia di pandang hina berbanding haiwan haiwan lain.
salam mami lala..
ReplyDeletehihi..sian panda... baru jer nk glemer dah kene caras dgn oink oink..
tahniah abam arooon :)
saya pun tak tengok abp tu
ReplyDeletetapi saya setuju entry cik lekit
memang ramai suka putar belit cerita hanya untuk menghalalkan cara
sedangkan islam tu jelas dan mudah
ramai kenalan saya masih pergi ke gerai makanan yang hanya berstatus pork free
dia kata sebab kedai tu tak jual babi, napelah jahil no