SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN
Yer betul tekaan puan puan semua.. Suami! Walau bukan semua perempuan macam tu tapi kita tak dapat nafikan kebanyakkan perempuan memang takkan sanggup kongsi suami dengan orang lain. Betul la.. Islam menghalalkan poligami & Sunnah Nabi pun berkahwin empat. Tapi sebab lelaki yang kawen je dia nak ikut cara Islam & sunnah nabi membuatkan perempuan memang tak boleh terima hidup berkongsi suami.
Terbaca kat harian metro semalam pasal seorang perempuan ni amuk & pecahkan kereta BMW laki dia sebab kantoi laki dia ada perempuan lain. Nak2 masa kejadian memang perempuan simpanan lelaki dia ada dalam kereta ty. Tak kira la berapa juta kereta tu.. Bila melibatkan perempuan lain ni.. Bukan takat kereta, silap haribulan dengan laki dia sekali dia hentak. Itulah yang berlaku pada pasangan warga China ni. Memang kita tak boleh nak cakap apa.. Kita sendiri pun tak boleh terima kecurangan pasangan macam tu jugak orang lain. Curang bukan cara yang di ajar Islam. Kalau awal2 lagi dah tipu bini macam tu.. kau jangan berlagak ustaz nak cakap pasal sunnah bagai.
Perempuan bila lelaki tu dah ada ikatan perkahwinan dengan dia tetap la lelaki tu segala galanya untuk dia. Biarlah laki dia takde ciri ciri lelaki macam ni >> Seksi Sebenar Seorang Lelaki << tetaplah laki dia & kau jangan cuba2 nak try. Silap orang kau try kepala boleh bersepai.
Moral of the story.. Biarpun Islam menghalalkan poligami tak bermakna semua tindakkan anda tu betul untuk berpoligami. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak buat perkara baik, cara pun kena betul baru seimbang.
Suka last quote tu.
ReplyDeletesabar je la ye.
ReplyDeleteranap kereta mahal. huhuhu.
ReplyDeleteJgn pulak kita menidakkan hukum yg Allah bagi...kalau lelaki ikut syarat dan cara yang betul..mana mungkin kaum hawa boleh terima...mesti ada tentangan.
ReplyDeletePerempuan yang tak bagi suami kawen lebih dari satu menidakkan hukum Allah? Check dulu suami yang nak kawen lebih dari satu adakah layak ke tidak sebelum nak judge perempuan menidakkan hukum Allah. Kalau dah tak layak.. hukum apa pulak membenarkan kaum lelaki boleh kahwin lebih dari satu?
Delete