WAJAR TAK WAJAR PERAGUT DI BOGELKAN?
Kat Page PenMerahDotCom aku ada nampak perbincangan pasal peragut di bogelkan.. Wajar ke tidak?? Biasa la.. ada yang sokong & ada yang menegah dengan hujah2 berkaitan hukum hakam. Aku memang tak berani nak bangkang hujah2 yang berlandaskan hukum hakam ni.. yelah betul la tu cuma aku suka memberi pendapat berdasarkan pandangan peribadi aku seorang manusia biasa jer...
Kalau aku.. bukan setakat bogel aku rasa nak buat lebih dari tu. Aku pun pernah jadi mangsa ragut even tak mendatangkan apa2 kecederaan kat aku cuma kerugian sebiji enpon yang masa tu aku baru je beli tak sampai sebulan. Takpe la.. time tu aku ada rezeki lebih. Tengahari kena ragut petang dah pergi beli handphone baru. Tapi aku memang tak boleh nak hadam bila aku tengok atau baca mangsa ragut cedera parah atau mati.. hanya kerana kadang2 handbag yang ada beberapa ringgit jer.Sebab tu aku benci sangat peragut.. Perompak kita tahu dia target orang2 yang berharta tapi peragut ni dia target semua orang tak kira tua atau muda tanpa tahu orang tu berduit atau tak.
Tahap hati kering peragut ni aku rasa lebih kejam dari pembunuh sebab takde budi bicara apa2 dah.. Kalau perompak dia bagi pilihan jugak. Kau bagi harta kau atau kau di cederakan? Peragut takde warning2 dah.. datang terus sambar. Dan kerana tu aku boleh rilex makan kacang kalau tengok video2 peragut kena belasah tahap separuh nyawa pun apatah lagi setakat kena bogel.. aku tak nak hipokrit memang aku takde rasa simpati pada peragut. Golongan mereka terlalu kejam bagi aku. Wajar tak wajar kalau ikut hukum hati & emosi aku memang aku kata.. lantak la. Bukan takat ko nak bogelkan.. ko nak sunatkan dia kat situ pun aku takde pertikaian.
Tapi kita tak boleh menolak hukum Allah yang mana hukuman tu sememangnya tak boleh tapi sebab kat Malaysia ni memang undang2 pun banyak tolak hukum Allah jadi.. krik krik krik.. sendiri mau ingat la. Pernah dengar ke mahkamah jatuhkan hukuman potong tangan kat peragut,perompak atau pencuri kat Malaysia ni even berkali kali keluar masuk pagar besi dengan kesalahan yang sama, tak kan? jadi fikir fikir kanlah..
P/S : Pandangan aku berdasarkan nafsu & emosi semata mata yer..
*aku mangsa ragut even tak cedera tapi serius trauma tu susah nak hilang sampai nampak mat2 motor pun dah cuak. Trauma tu adalah kecederaan emosi yang sangat dalam, ok jangan ingat tak nampak luka di tubuh tak serius*
saya pun pernah jadi mangsa ragut... kalau ikutkan hati, lebih dari tu nak buat kat dia...
ReplyDeletekalau tak nak peragut lari..ikat tangan sudah... jgn sampai mengaibkan begitu sekali... walaupun org tu bersalah..ingat orang yg tukang bogelkan tu tak berdosa ke sebab mengaibkan manusia yg lain?
ReplyDeletekalau ikut hati sakit memang rasa nak bogel kan tapi dengan waras akal dan berlandaskan ajaran yang betul, rasanya tak perlu nak aib kan. buat la hukuman yang setimpal. :)
ReplyDeletememula aku cam nak simpati dan rasa tak wajar gak peragut tu diperlakukan macamtu, tapi kalau dari fikiran lain pulak, aku rasa wajar je... sebab apa sangat bogel tu nak dibandingkan dengan nyawa yang melayang akibat peragut2 macam ni... bak kata kau laa... peragut ni mana ada perikemanusian.... hurm
ReplyDeleteKalau ikut kata hati, memang nak dipadankan aje muka. Macam mamat yang jadi model dalam gambar ni, siap boleh posing baik lagi. So setakat kena bogel apalah sangat kalau mangsanya sampai kritikal bersalut tiub wayar bagai dalam hospital. Kenalah give and take, tak gitu...
ReplyDeleteKalau ikut hukum agama pulak, samalah macam Suria, tak berani nak komen lebih-lebih sebab pengetahuan sendiri pun tak tinggi mana. Kan pepandai nak keluar hukum-hakam susah juga, menyesatkan orang lain pulak.
peragut memang zalim..boleh mengakibatkan kematian..
ReplyDeleteSaya setuju sgt kalau peragut ni bukan sahaja dibogelkan tetapi juga digantung sampai mati!!!! Sebb diorg ni kejam. Bnyk org mati atau cacat sbb diaorg ni.
ReplyDelete