ANAK MERAUNG BILA MANDI MACAM KENA DERA, INI YANG IBU BAPA KENA TAHU & BUAT
Tu budak shahila punya hal.. Anak hangpa ada tak yang jenis memang tak suka mandi. Nak2 lagi yang masih kecik.. Asal mandi dia punya meraung macam kena dera. Apa ingat semua bayi & kanak kanak suka air ke? Main air maybe depa suka tapi kalau mandi ni seolah olah macam satu tanggungjawab besar depa nak kena buat hari hari. Tu yang ada meraung macam kena dera walhal mandi je. Jiran2 yang dengar suara anak kita pun mungkin terfikir apa la mak dia buat sampai macam tu dia punya meraung.
Ada budak tiap kali mandi mesti meraung & meronta ronta sampai besar. Setiap kali air singgah kat badan dia dia punya reaction tu macam kena api.. Memang pening kepala jugak la kan dengan anak yang tak suka mandi ni. Takkan nak lap2 macam kucing jilat2 badan tu je. Mau kepam baunya. Kot mana pun tetap kena mandi sebab mandi ni banyak kebaikkan. Antara kebaikkan mandi ni adalah, dia mampu mengeluarkan racun dari badan.
Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 - 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.
Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Walaupun mandi ni banyak manafaat tapi tu la nak terangkan kat budak2 kecik ni bukan mudah. Kalau dia tak suka tetap la dia tak suka kan.. Jadi kalau ada anak anak hangpa yang memang tak suka mandi hangpa boleh try cuba buat benda ni >> Susah nak suruh anak anda mandi? Ikuti 4 tips mudah ini, Si Manja pasti suka! < Insya Allah akan buat anak anda lebih enjoy menikmati masa mandi. Mungkin boleh mengurangkan tantrum tiap kali nak mandi juga. Yang penting kena usaha ok! Jangan hanya duduk & berharap tapi tak buat apa apa memang mereput la kau kat situ... hehehehe
Moral of the story.. Budak - budak nak mendatangkan minat dia untuk sesuatu cuma kena perlu buat dia enjoy jer termasuk mandi. Fitrah budak budak memang suka bermain & dengan bermain buat mereka happy so, adaptasikan bermain dalam aktiviti mereka termasuk la mandi.
fuhh mandi air panas ek? uyul pulak suka sejuk sejuk. baru segar badannya tuh
ReplyDeleteUyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan