Tu dia apa kes tetiba cerita salib terpacak depan rumah pulak. Jangan nak fitnah2 apa2 yer.. Aku masih Islam kalau nak tahu macam mana salib boleh terpacak depan rumah aku meh baca dulu yer jangan nak buat spekulasi
Buka2 pintu je terus nampak salib terpacak depan rumah. Dengan size agak besar & memang jelas la mata memandang rasa macam tak sedap pulak. Yelah.. memang tak boleh nak elak dari tengok sebab buka je pintu memang auto nampak. Almaklum la rumah jenis buka pintu nampak pintu rumah orang la katakan..
Ni bukan carian google tapi aku gigih snap sendiri tapi pandang kiri kanan jugak la takut jiran2 lain nampak kang pelik pulak depa. hahahaha
Actually owner rumah depan rumah aku ni memang melayu Islam tapi sejak 2 hari lepas ada penyewa baru masuk. Orang india tapi penganut agam kristian la kot sebab dia pacak salib tepi pintu dekat dinding luar rumah dia. Aku perasan dia pacak salib tu semalam masa buka pintu. Takpe hak beragama dia kan, kita tak boleh nak halang selagi dia tak ganggu sensitiviti agama kita tapi aku tertanya tanya.. sebab owner rumah tu kan orang Islam.. so, rumah dia di sewa bukan orang Islam lepas tu letak tanda keagamaan macam tu.. Boleh ke? Aku try la google info berkenaan.. ye ye aku tahu yang lebih baik bukan mengaji dengan google tapi mengaji dengan tok guru agama tapi dah ada kemudahan hujung jari.. So, boleh jugak gunakan. Tak semua info dalam ni tak betul ye dak?
Jawapan yang aku dapat adalah...
Ni penjelasan dari video ceramah Ustaz Azhar Idrus
Ni sekadar info hujung jari selebihnya rujuklah pada guru agama masing masing. tak kira apapun bangsa & agama jiran baru depan rumah aku hope mulut dia tak tak tahap logi sangat macam jiran veteran sebelah rumah aku ni. Setelah semua ahli mensyuarat tembok dia dah pindah.. lama jugak aku tak dengar suara dia riuh rendah sembang luar rumah atau bertenggek kat depan pintu rumah orang.. semalam dah mula kedengaran suara merdunya bertenggek depan pintu rumah jiran baru aku tu. Hope dia dah insaf & tak ajak jiran baru mengumpat pasal family aku la.. bukan apa2 tup2 jiran nak pindah tetiba datang minta maaf cakap selama ni dok mengumpat family kecik aku ni.. hahahaha.. lawak jugak sebab aku tak pernah ambil kisah pun. Nak mengumpat pun takpe.. lantak la. Kalau dah hobi dia.. biar je la, kan? kekekeke
15 Komen Melekat:
ini memang perkongsian yang menarik ni... rare dan sebenarnya Farah tak pernah jumpa lagi pun... hu hu hu...
Ye setuju...mmg rare...x pnh jumpa lg kes mcm ni..kalau owner bkn melayu sewakan kat melayu ada la...hihihi
Assalamualaikum .. ada baik sewakan pada orang seagama kita..kan? bagus share youtube ustaz azhar idrus ni. thanks ya..
btl tu kalo sy lah owner, sy x bg pada org bukan Islam..sbb kite x thu cara dia jaga umh kite mcm mane.
perkongsian yang baik.. thanks broo
sama2 kita ambil iktibar..
tetiba jadi bro.. hehehe apapun semoga ramai yang cetak baju dengan awak nanti kekekekee
nie kelakor.. hahaha
Hidup berjiran dengan non muslimtiada masalah.. mana tau kalau kita tunjuk akhlak yg baik, dia pun suka. Moga tahun baru membawa seribu kebahagiaan
semalam baru je publish entry pasal jiran hehe.
saya baru tahu juga bab ni
nice sharing suria
eh ada lagi jiran hak suka buat mesyuarat tingkap tu
lama juga dia dekat situ ye
dia memang tak pindah dah kot.. rumah tu mendiang suami dia dah beli. rumah sendiri.. lgpun dia memang takde rumah lain dah
Bagus info. Pernah juga terfikir pasal ni. Takpa berguru bukan dengan en. google...kita cari melalui dia, bila dah jumpa pandai2lah saring yang mana betul yang mana idak :)
Nice info.. Utk yg byk rmh sewa tu patut amek kira..
cuba email ke ustaz untuk tolong jawabkan persoalan
Ada satu jiran yang suka buat mesyuarat tingkap ni memang meriah dunia :) Takpalah at least ada juga orang yang ambil berat tentang kita kalau tidak tak akan sampai termengumpatkan.
So, konklusinya bolehlah sewakan rumah pada non Muslim ni sebab bukan kita tahu pun niat dia nak jadi alim sampai gaya gitukan....
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini