RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA
Fesyen2 di lazada juga tak kurang cantik & trendy. Sebab tu Lazada antara website yang menjadi pilihan ramai untuk membeli belah terutama menjelang hari perayaan. Mudah membeli secara atas talian ni.. Jimat masa, jimat kos & boleh di lakukan kat mana mana saja tanpa perlu bersesak sesak macam di Mall.
Baru baru ni Lazada melancarkan satu rancangan realiti TV, LazAda Style. Ia merupakan rancangan realiti TV fesyen pertama di Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri di mana memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada Fashionista & pereka fesyen tempatan untuk menunjukkan bakat masing masing memperagakan fesyen dari Lazada. Seramai 8 peserta di pilih dalam rancangan ini dari ujibakat yang di adakan. Juga menampilan ramai selebriti seperti RizmanRozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan & ramai lagi.
Dengan kerjasama rangkaian televison Media Prima, Ia bertujuan untuk menjadikan Lazada sebagai destinasi membeli-belah secara atas talian rakyat Malaysia bagi produk fesyen dan kecantikan.
Rancangan LazAdaStyle di hos kan oleh Artis tempatan Iatu Nana Mahazan & bersiaran setiap Ahad jam 3 petang di TV3. Dah pun bermula tayangannya sejak 6 Mei sehingga 27 mei 2018.
Bagi yang terlepas menonton episod sebelum ni boleh la menonton di :
Terdapat empat episod yang akan di siarkan, LazAdaStyle mengabungkan lapan pereka tempatan yang akan mempamerkan pakaian terbaik mereka mengikut tempoh masa, bahan & tema yang di berikan pada setiap tugasan. Gaya yang di Reka bentuk mereka akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta akan di beri bimbingan oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan ini. Untuk melihat peserta yang bertanding boleh rujuk pada pautan ini ☛ Lazada Style
Ia juga akan menampilkan selebriti jemputan untuk memperagakan rekaan setiap peserta. Antara selebriti yang terlibat adalah seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan root. Setiap minggu akan ada peserta yang akan di singkirkan bagi mencari pemenang utama pada episod akhir nanti. Pemenang pada peringkat akhir bakal memenangi hadiah utama yang berupa barang & wang tunai bernilai RM100,000.00.
Setiap minggu fesyen yang di peragakan mungkin boleh memberi idea untuk korang bergaya di hari raya. kadang - kadang kita tak tahu nak mix & match macam mana.. So rancangan LazAda Style ni selain mempertandingkan ramai peserta ia juga memberi tips untuk memilih fesyen yang sesuai mengikut size & bentuk badan. Selain tu banyak tawaran yang di berikan oleh lazada sempena menyambut hari raya aidilfitri melalui rancangan LazAda Style ni. Kalau korang nak tengok & beli pakaian yang di peragakan setiap minggu dalam rancangan LazAda Style boleh layari Lazada.com.my.
Untuk memudahkan korang membeli belah korang boleh memuat turun aplikasi LazadaApp di playstore. Dengan muat turun aplikasi Lazada korang juga berpeluang untuk menyertai contest 'shake shake' di mana korang berpeluang untuk memenangi voucher membeli belah di lazada.
Sekiranya anda ingin memasarkan sebarang produk anda di lazada.. Cuma perlu login ke LazadaStyle sebagai Seller untuk kempen #everyonecansell
Selain tu kalau korang nak menang hadiah, boleh jugak share OOTD anda di instagram dengan hashtag #mylazadastyle.
Asal ada duit semua jadi..
ReplyDelete