INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO
Bagi rockers zaman 80an & 90an kalau nak mengimbau kembali zaman rock anda dulu boleh la pergi menonton filem rock bro.. Sebab filem ni mengisahkan perjuangan rockers zaman tu. Di selang seli dengan babak babak komedi yang aku rasa confirm tak sempat mengantuk punya tengok filem ni. Dalam filem ni menampilkan zaman kegemilangan rock yang dah hujung2 la sebelum kemunculan irama rap & hip hop awal 90an. Filem ni mengisahkan perjuangan 1 kumpul rock anak muda Rimba bara yang dah lama tak dapat job buat persembahan. Terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menyara hidup & membuat persembahan di gig tapak ekspo tani. Yang sedihnya persembahan mereka di bayar dengan buah buahan & sayur sayuran termasuk la petai & terung dari penganjur. Lebih menjadi masalah bila vokalis mereka Zul kapan tarik diri & menyertai kumpulan 4URU. Tak dapat bayangkan bekas vokalis black metal, kemudian join kumpul rock selepas tu nyanyi lagi RAP. hahahaha.
Namun Rimba Bara tetap gigih meneruskan perjuangan mereka dalam industri muzik yang penuh dengan permainan politik. Dalam pada masa yang sama Jijoe (khir Rahman) jatuh cinta pandang pertama dengan Ratu Rock Ella semasa terserempak di studio rakaman. Sebab terlampau sayangkan Ella, dia sanggup meninggalkan dunia rockers untuk seorang kontraktor kelas F sebagai bukti cinta dia pada Ella & mahu mencari kehidupan yang stabil & lebih terjamin. Keputusan tu buat Rimba Bara semakin hilang arah hingga mencetuskan konflik antara mereka.
Apa kesudahan perjuangan mereka kena pergi tengok kat pawagam. Dah mula di tayangkan 27 oct 2016 haritu. Bagi rockers sejati confirm filem ni antara filem yang korang akan suka katanya
Barisan pelakon yang hebat seperti Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, dan Azmi Bahron. Dalam filem ni turut ada penampilan khas bintang-bintang rock ternama seperti Dato’ Hattan, Man Kidal dan Black Wings. So, kalau jiwa rockers anda masih ada... Wajib menonton filem ni ok!
Fuh.. Kena tengok ni. Saya membesar di zaman rock kapak. Pasti indah mengimbau kenangan lalu. tapi masalahnya, isteri saya tak suka rock. Apatah lagi anak-anak. Kena pegi sorang-sorang la gini.
ReplyDeleteItu hari ( Jumaat- 28/10/2106) ada cerita ROCK di TV3 pakul 2pm. anak-anak pakat kutuk saya sebab minat pakaian macam ni.. huhu