HARUN SALIM BACHIK MENINGGAL DUNIA
Katanya beliau rebah di tandas hentian rehat (RnR) bukit merah. Hilangnya sebutir bintang di persada seni tanah air. Beliau seorang pelakon & pelawak yang sangat berbakat. Lakonan bersahaja mampu mencuit hati penonton
semoga Almarhum Harun Salim Bachik di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga redha & tabah menerima Ujian Allah. Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.
Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.
Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.
Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia. -sumber Wikipedia-
Suka tengok dia berlakon. Tengok muka je pun dah nak gelak.. Semoga roh beliau dirahmati Allah
ReplyDeleteAl Fatihah.. :'(
ReplyDeleteinnalillah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
ReplyDeletejangan lupa...Dato CT cakap, mak dia bagi CT berlakon dgn Arwah Harun Salim Bachik je...mesti ada yang menarik minat mak siti...al-fatihah
ReplyDeleteInnalillah, arwah baik orangnya dan pandai buat lawak. Takde lagi dah boboi gabungan arwah dengan afdlin shauki.
ReplyDelete