AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG

7/04/2017 02:55:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

AKIBAT DI CABUL, POSTER GADIS SHELL AKHIRNYA DI BUANG. Tu la perangai manusia.. Kadang2 bergurau tak kena tempat. Even gambar sekalipun benda tu tetap mengaibkan si pemilik gambar tu. Masing - masing konon nak buat sesuatu yang lain dari yang lain dengan niat konon boleh viral & popular kat media sosial tanpa fikir benda tu boleh mengundangkan kemarahan orang lain.


Walaupun hanya poster tapi serius aku sendiri tengok pun rasa menjijikkan perbuatan tu. Kalau aku jadi tuan punya gambar pun aku rasa tercabul jugak. Yelah.. yang terpampar tu muka dia kan. Benda tu boleh mengaibkan memalukan tuan empunya gambar bila ia di sebarkan seluruh alam maya. Takde benda senonoh sikit ka hangpa nak buat bahan gurau. Kenapa mesti yang ada unsur gangguan seksual macam tu? Ingat lawak ka? tak lawak ok! Benda macam ni mengundang rasa ingin menerang jer kepada si pelaku yang tak bermoral macam tu. Tak payah bayang orang lain.. Bayang mak hangpa ka, kakak hangpa ka, adik perempuan hangpa ka, bini hangpa atau ahli keluarga hangpa yang kena. Sampai poster pun ghairah sangat hangpa nak meraba.. sangap sangat ke camna?


Sepatutnya kita bangga.. Gadis tempatan berbangsa melayu & beragama Islam menjadi duta atau model syarikat besar macam shell kat Malaysia even dia bukan artis atau model. Hanya gadis yang bekerja di Shell petrol pump kalau tak silap. Tiba2 rezeki dapat jadi model shell macam tu.. Ni dak.. Di sebabkan kelakuan tak senonoh hangpa tak pepasal poster tu di tarik balik kat semua petrol pump shell. Hilang la salah satu kebanggan orang melayu di sebabkan perangai orang melayu tu sendiri.

Nasib baik la gadis tu tak berniat nak ambil sebarang tindakkan undang undang even perbuatan depa memalukan & mengaibkan dia. Maybe dia fikir perkara tu masih boleh di maafkan. Dah jadi viral tu maybe jantan2 yang buat benda macam tu dapat hidayah & takkan buat lagi la kot. Bagus budak perempuan ni kan.. Takde la sikit2 c u in court ye dak?? Dia boleh rilex lagi ok la.. Yang mana pernah mencabul poster gadis shell tu dah orang tak buat laporan polis tu tak reti reti nak minta maaf ke atas ketelanjuran perbuatan hangpa. Tak tau nak minta maaf macam mana... Try buat macam ni >> Eh..Kenapa 3 Lelaki Ni Buat Video Mintak Maaf? <<

Moral of the story.. Berhati hati nak share apapun zaman media sosial ni. Selagi ada button share selagi tu anda berisiko menjadi viral. Viral yang baik ok la.. Viral yang menjahanamkan terima la padahkanya.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com