AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK
AWAS! BAHAYA PAKAIKAN PRODUK KOSMETIK (MAKE UP) ORANG DEWASA PADA KANAK KANAK. Ramai mak mak zaman sekarang suka make over muka anak anak perempuan mereka menggunakan alat kosmetik (makeup) orang dewasa. Nampak comel je.. sekujur tubuh kecil di makeup seperti seorang dewasa kan.. Anak perempuan memang suka la kalau boleh dapat look macam mak dia.. Almaklum la, mak kan idola anak anak.
Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.
Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.
Anak saya pun sama jugak.. Naluri kegadisan tu tetap ada walau baru 6 tahun. Nak berlipstik eyeshadow bagai tapi saya memang tak dedahkan sangat dia dengan kosmetik orang dewasa sebab saya tak nak bagi kesan jangka panjang nanti. Kulit dia terlalu muda untuk di tenyeh & tonyoh dengan kosmetik ni. Even compact powder pun saya tak suka pakaikan untuk anak saya. Biarlah kulit dia cukup matang bersama usia untuk dia cuba benda benda macam tu.
Apa yang saya baca..
Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti oleh penyakit kulit kerana kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif akan lebih terdedah kepada jangkitan pelbagai kuman. Disebabkan alasan ini juga, kita kena hati hati ketika memakaikan produk kosmetik kepada anak-anak. Ini kerana, produk kosmetik dewasa sebenarnya tidak sesuai untuk kulit kanak-kanak yang boleh mengakibatkan pelbagai kemudaratan dan alahan pada kesihatan.
Menurut Pakar Estetik, Dr. Riza Hartini Razali, komponen-komponen yang terkandung dalam produk kosmetik dewasa boleh mengakibatkan dan menimbulkan pelbagai simptom alergi dan alahan pada kanak-kanak. ini kerana terdapat pelbagai jenis campuran yang terkandung dalam produk kosmetik tersebut termasuklah pelbagai jenis bahan pewarna.
Anak-anak kecil sebenarnya tidak sesuai untuk dipakaikan produk kosmetik kerana kadar metabolisme mereka tinggi jika hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Disebabkan inilah sekiranya mereka dipakaikan produk kosmetik, kadar penyerapan lebih cepat, tinggi, dan akan menyerap terus ke dalam sistem badan.
Untuk pengetahuan, kulit kanak-kanak akan menyerap hampir 100 peratus bahan-bahan ini (bahan kimia) kerana sistem imunisasi mereka belum matang dan tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Jadi badan anak-anak ini akan mendapat kesan serta merta
kulit kanak-kanak sebenarnya tidak sama jika hendak dibandingkan dengan kulit orang dewasa kerana kulit kanak-kanak lebih nipis. Jadi sekiranya kulit orang dewasa juga boleh mengalami pelbagai masalah apabila memakai produk kosmetik yang mengandungi bahan-bahan tersebut, bayangkan apa akan terjadi pada kulit kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk kosmetik juga boleh menyebabkan kanak-kanak ini menghadapi masalah alahan atau iritasi, penyakit kulit seperti ekzema, kerengsaan saluran pernafasan dan mata, keracunan dan tidak ketinggalan masalah pada sistem penghadaman.
Sesetengah kosmetik dewasa turut mengandungi hormon-hormon yang boleh mengganggu kematangan seksual kanak-kanak dan agen perosak hormon yang boleh menyebabkan kerosakan hormon di dalam badan. Kanak-kanak masih berada dalam fasa pertumbuhan, iaitu badan mereka masih lagi dalam proses tumbesaran.
Sekiranya kulit mereka didedahkan terlalu awal dengan bahan-bahan ini (bahan kimia), akan mengganggu pertumbuhan dari segi fizikal dan otak.
Memang tidak ada kajian khusus yang membuktikan bahan kimia ini boleh menyebabkan kanser atau pelbagai lagi penyakit berbahaya, tetapi jika dilihat kepada pesakit-pesakit kanser yang sedia ada, lazimnya kandungan darah mereka mengandungi bahan-bahan kimia ini.
Antara kandungan bahan kimia berbahaya yang sering digunakan di dalam produk kosmetik dewasa ialah merkuri, paraben, dan hidrokuinon. Oleh demikian, langkah yang terbaik adalah jangan sesekali membenarkan anak-anak menggunakan kosmetik dewasa.
Sekiranya masih mahu menggunakannya, ibu harus lebih peka dalam memilih produk–produk yang mesra kanak-kanak, semula jadi dan selamat. Untuk lebih selamat, hari ini ibu-ibu boleh menguji produk kosmetik dengan penguji merkuri mudah alih bagi mengetahui tahap kandungan merkuri yang terdapat di dalam sesuatu produk kosmetik.
Jadi jangan simplysiti (copy ayat kak senduk hehehe) Nak calit2 muka anak hangpa dengan kosmetik bukan bukan yer.. Budak kecik ni tak payah nak tempek makeup sangat sebab depa memang original natural beauty. Wajah ahli syurga katanya.. semua comel comel belaka.
Moral of the story.. Anak anak masa kecik dia tak boleh buat keputusan pada diri dia sendiri maka kita mak bapak ni yang kena pilih yang terbaik untuk anak anak.
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini