KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR

12/09/2015 08:10:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

KEDEKUT JANGAN SAMPAI BERCUTI DALAM KUBUR. Cuti2 sekolah ni la ramai yang ambil kesempatan untuk pergi bercuti nak2 lagi yang ada anak. macam aku mungkin tahun depan dah tak boleh suka suka nak travel jauh ikut kepala lutut sendiri jer. Sebab Tahun depan anak aku dah masuk tadika. Belum masuk tadika cikgu tadika dah add dalam group whatsapp.. Zaman sekarang kan? Cikgu tadika nak menyampaikan info dalam group whatsapp jer.. So, mak bapak zaman sekarang kena jugak sekurang kurang reti guna whatsapp.


Tercerita pasal cikgu tadika pulak.. berbalik pada isu yang berbangkit.. isu yang tidur jangan di bangkitkan. Kadang2 ada jenis orang yang kedekut nak mampus. sanggup bekerja 24/7 seminggu. Duit gaji semua masuk akaun. Tinggal yang betul2 untuk makan, tambang tiap2 hari pergi kerja je. Makan pun sanggup catu apatah lagi kalau nak ajak pergi bercuti, confirm ni la banyak alasan yang dia akan bagi sebab bagi dia bercuti adalah perkara yang akan buat duit dia habis. Tahap pemikiran orang kedekut ni, kadang2 tempat dia akan pergi paling jauh adalah tempat kerja, kedai beli stok makanan atau tempat yang dia boleh jalan kaki hanya keluar peluh tak keluar duit. Kalau nak jauh dari tu.. Mungkin bila dapat sponsor 100%. Dia perlu keluarkan kudrat je untuk berjalan.

Walaupun buku akaun dia sampai tak cukup ruang nak record transaksi simpanan dia yang masuk jer.. keluar tak pernah tetap dia takut nak guna walau singgit dari simpanan dia. Apa yang masuk memang bersimpul mati la dalam akaun tu. Takde istilah ikat tepi dah. Tak tau la orang kedekut tahap macam tu.. macam mana dia dia enjoy dengan life dia. Adakah dengan hanya membelek baki simpanan dalam buku akaun dia dah rasa cukup happy? tak paham sungguh aku. Kalau aku ni masuk Guardian pun boleh histeria kalau keluar lenggang kangkung jer.. apatah kalau duit berkepok2 dalam akaun, confirm la panjang wishlist aku. hehehe

Tak baik kedekut2 ni. Bukan suruh membazir tapi at least kita manafaat duit tu untuk kehidupan yang lebih bermakna. Bukan kata simpan sampai takut nak guna.. Ada duit lebih bawak2 la tengok2 tempat orang. Bak kata pepatah.. jauh perjalanan, luas permandangan. Simpan duit banyak2 sampai takut nak guna untuk berseronok sekali sekala.. kang mati duit tu waris buat pergi bercuti kita jugak tak merasa. Orang dah sampai hujung dunia.. Dia akhirnya bercuti dalam kubur je. Yelah.. kat situ je dia dapat bercuti dari semua urusan dunia. Bak kata orang. Tak dapat keliling dunia, dapat sampai ke tanah suci mekah pun dah cukup Alhamdulillah. Kalau mampu jangan sia siakan waktu..

Moral of the story.. Kadang2 jadi orang yang duit cukup2 makan tu lebih enjoy dari orang yang ada duit banyak tapi sanggup sampai tak cukup makan sebab kedekut.

9 comments:

  1. Suka para last tu..
    Bila berkira sangat pasal duit..boleh jadi stress..

    ReplyDelete
  2. Betul...yang ngam2 duit tu rasa kagi syukur dan happy...jimat sangat sampai tahap kedekut pun tak boleh juga...pemurah sangat sampai membazir pun bahaya juga...besederhanalah..manfaatkan sebaiknya duit itu..sebab semua ajan ditanya kelak..

    ReplyDelete
  3. nak kedekut, biar kena pada tempatnya.

    ReplyDelete
  4. kedekut tak kemana.. orang kedekut ni tak menikmati erti hidup...

    ReplyDelete
  5. betul tu.kita ni dah penat kerja cari duit apa salah duit tu kita guna untuk merehatkan badan...

    ReplyDelete
  6. aku bab makan ... bab anak2 .. bab jalan2 tido hotel ke ...aku tak kedekut tapi kalau bab shopping utk siri sendri mmg kedekut .. tatau nape ..aku rasa rugi je hahahahaha

    ReplyDelete
  7. Nak kedekut biarlah pada tempat yang betul.
    Memang ada orang jenis kedekut tahap taik hidung masin contoh kedekut yang catu makan nih! Yang pelik tu bila makan free takdelah pulak dia diet.

    ReplyDelete
  8. Memang tak fahamlah kalau kedekut sampai macam ni. Okeylah kalau dia kedekut demi masa depan anak-anak. Lepas je urusan anak-anak, dah ngap terus berlibur bagai menghabiskan duit simpanan. Tapi yang kedekut itu taknak, ini tak nak, memang kesianlah sangat. Sekurang-kurangnya kalau nak juga ke Mekah tu buat umrah, masih di tahap tak kedekutlah.

    Eh, apa akak cakap ek? Macam bersimpang siur aje, sendiri pun tak faham. Kah3x.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com