PPIM BANTU GADIS YANG DI DAPATI BERSALAH MEMBUKA KLINIK MEMASANG PENDAKAP GIGI TANPA LESEN & TAULIAH UNTUK KUMPUL DANA MEMBAYAR DENDA
Selepas kesnya menjadi viral & bapanya ada membuat posting bagi mengumpul dana, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Pertubuhan Aktivis Ekonomi Islam Malaysia (PPEM) turut serta untuk membantu mengumpul dana bagi membebaskan gadis tersebut.
Aktivis utama PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Nur Farahanis adalah seorang wanita pintar yang hanya membantu membetulkan pendakap gigi pada temannya berdasarkan pengalamannya sendiri yang dipelajari dari Youtube.
"Kami merasakan bahawa kami perlu membantunya dan kami juga percaya bahawa terdapat beberapa sebab yang berasas untuk membantu.
"Saya tidak mahu mengatakan bahawa bayaran itu tidak adil. Kami merasakan bahawa kita harus cuba membantu seseorang yang cuba membebaskan diri dari kemiskinan dan cabaran kehidupan, "katanya. Di petik dari kenyataan akhbar yang di kongsi di blog Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Untung la kau dik.. Viral je terus ada NGO membantu. Akak ni ulang alik PPIM bulan puasa lepas alih2 terpaksa struggle sendiri cari dana untuk bayar kos guaman bagi kes saman sivil kerana menulis satu pendedahan. Tu la kan.. Mungkin rezeki kau dik.. Kes ko dapat liputan media & viral di media sosial. Kes akak hanya kes sekadar di pinggiran je. Mungkin tak berapa nampak kesusahan akak kat situ hehehehe
Tapi masa tu saya mula2 decide takpe la.. Mungkin terpaksa biarkan je tanpa bela diri. Sebab nak ke mahkamah tak mampu sebab jauh, nak cari lawyer masa tu semua lawyer nampak prefer duit dulu. Kalau ada pun nak bantu, bila dengar lokasi mahkamah tu jauh tarik balik bantuan. Tapi nasib ada seorang hamba Allah aktivis juga tapi bukan dari NGO berdaftar masa tu.. Sekarang je persatuan dia dah berdaftar cuma persatuan dia persatuan membela kebajikan haiwan tapi sebab dia ni memang suka buat kerja khidmat sosial kepada masyarakat.. So, tanpa syarat & banyak soal jawab dia cuba membantu saya. Dengan bantuan dia di permulaan tu la.. saya mampu berjuang hingga sekarang dengan di wakili peguam.
Apapun yang close cuma kat PPIM.. tapi kat mahkamah kes saya masih berlangsung. Kalau kat mahkamah dapat close case juga kan bagus.. hehehehe. Moga jadi doa termakbul Amin..
Boleh Rujuk posting di sini https://goo.gl/35ktkB
PPIM tidak pernah mengumpulkan sebarang dana mahupun mempromosikan ‘fundraising’ sehingga mencecah RM70,000.00 seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi membantu membebaskan individu tersebut.
ReplyDeleteSumbangan yang diberikan adalah dari sebuah kelab permotoran yang mengumpulkan jumlah wang terbabit atas bantuan orang ramai dan beberapa NGO lain bagi membebaskan pesalah.
Tambahan lagi, segala ‘fundraising’ tidak melibatkan PPIM sama sekali. Ia dilakukan oleh Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PPEIM) yang terlibat secara langsung mempromosikan poster dan pengutipan dana secara keseluruhan.