INILAH AKIBAT ARTIS TAK PANDAI SIMPAN AIB KELUARGA

7/20/2015 03:57:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Family mana yang tak pernah ada masalah..Semua ada masalah sendiri. Nak2 bila kumpul ramai ramai ni.. Macam2 kerenah boleh tengok. Takde yang perfect. Tak puas hati tu benda biasa.. Gaduh pun bukan benda pelik tapi zaman media social ni canang aib keluarga pun bukan perkara memalukan lagi.

Kecoh pasal chef selebriti yang mengamuk kat media social siap upload gambar ahli keluarga yang malas bangun pagi tolong buat kerja rumah. Memang la sapa2 pun hangin.. orang sibuk buat kerja kat dapur depa sedap membongkang.. Bangun tau2 ambil pinggan jer tapi kau maki dalam rumah sudah la. Kau dok maki kat media social tu dah kenapa. Perlu ke mengaibkan family sendiri kat orang lain. Perlu ke nak bagitau perangai buruk family sendiri kat orang lain. Kang orang mengutuk family kita tau rasa sakit hati...



Tu la zaman media social.. tak kira sekecik2 budak sampai setua2 datuk nenek semua jadi tak matang bila berdepan dengan media social. Takde istilah marah dalam hati sekarang ni sebab media social dah jadi wakil isi hati. Apa ada dalam hati semua orang nak tulis kat dinding facebook, twitter, IG bagai.. Nak2 lagi dapat adik beradik retis yang jenis camtu. Habis seantero Malaysia tahu apa yang berlaku dalam keluarga.

Moral of the story.. Tak kira siapa.. family aku ke, family kau ke atau family dia & mereka.. nak tulis apa2 pasal keluarga sendiri fikir juta kali dulu sebab kau memburukkan keluarga sendiri tempias buruk tu kena kat kau balik.

7 comments:

  1. Ni yg namanya meludah ke langit terpercik ke muka sndiri.. akk pun heran knp dia bleh buat posting mcm ni

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Pikir dulu baik buruk sblm nak post..

    ReplyDelete
  3. Adoi bahasa dia...mmg cari phblisiti murah ke apa ni....

    ReplyDelete
  4. Boleh kawan dgn AA dah ni. Hehehehe..

    ReplyDelete
  5. kesian mereka-mereka yang tersenarai dalam gambar2 tu

    ReplyDelete
  6. Dah tua2 tu bawak2 la insaf tak payah nak ckp cam hidup menongkat langgit eaok2 kalau susah sapa yg nak tolong kalau bukan adik beradik dan saudara mara....kadang2 orng2 kaya ni ego dia lain skit dia pikir semua orng kene dengar dan jadi kuli batak dia sentiasa

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com