INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK

12/07/2015 04:55:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

INI SEBAB YUSRI & LISA SURIHANI TAK MAHU TAYANG GAMBAR ANAK. Sebelum ni kecoh la jugak pasal depa tak mau tayang gambar anak depa. macam2 orang hentam tanpa fikir cara orang membesarkan anak tidak sama. kalau depa bukan selebriti mungkin depa tak kisah sangat la bab gambar anak depa orang lain nak tengok. Sebab depa tau depa seorang artis & tempias selebriti tu akan dapat pada anak kalau terlampau di expose di media sosial atau media cetak.

Yang Mana meroyan sangat nak tengok gambar muka anak depa. Tengok la orang dah tunjuk. Kang tak dapat tengok manatau terus kena buasir ke hapa

Depa nak membesarkan anak depa seperti anak anak orang lain bukan seperti seorang selebriti macam anak che ta atau anak awal & scha. Bila budak tu besar nanti tak ada la semua orang kenal inilah anak yusri & lisa retis popular tu even memang masih ada orang akan tahu budak tu anak retis. sekurang kurangnya kalau tak di dedahkan sangat pada media tak semua orang tahu macam anak johan rajalawak tu. Bukan apa nak bagi peluang anak depa menikmati zaman kanak kanak macam depa kecik kecik dulu. Sebab depa bukan jadi retis sejak dari baby.

Lagi satu depa tak mau la kalau gambar anak depa di sebar merata alam maya.. akan di puji melampau lampau atau di keji. Aku pun seorang mak memang tak boleh terima benda2 macam tu nak2 orang mengata anak kita, kan? Jadi kalau tak nak kena keji maka perlu la sorokkan muka anak. Senang orang tak tahu muka macam mana.. jangankan keji, puji pun tak ada. Kalau tak nak anak kena kutuk jangan bentuk diri dia hidup macam selebriti yang semua orang kenal. Sebab kehidupan seorang yang di kenali memang akan sentiasa banyak judges di sekeliling dia tak kira yang profesional mahupun juri awam yang tak ada qualified.

Artikel penuh baca kat Media Hiburan Online

Setiap orang ada cara nak tunjukkan kasih sayang pada anak dia. Dan aku percaya apa yang depa buat ni sebab sayangkan anak jugak. Kita yang mengaku sayang adakah kita dah buat perkara perkara ni untuk anak. Jom semak balik. Apa yang kita dah buat untuk orang yang kita sayang. Adakah kita benar2 melindungi mereka jika berlaku sesuatu? Jawapannya boleh test kat sini >> Untuk Uji Sejauh Mana Anda Menyanyangi <<

Bagi aku tak salah pun Yusri & Lisa nak buat macam tu. Anak dia suka hati dia la nak bentuk macam mana. Yang hangpa sibuk sangat nak tengok muka anak orang sampai nak langgar privacy orang tu dah kenapa.

8 comments:

  1. rasanya lebih baik besederhanalah..dan mereka memilih jalan itu..

    ReplyDelete
  2. Saluteeee sangat ! Memang patut biar anak2 tu dari kecik jadi macam orang biasa... tak terdedah pada media... kesian tengok Aaishah dengan Lara... mak bapak yang provok, depa pulak yang kena keji dengan netizen.... padahal depa x tau pape pun.....

    ReplyDelete
  3. Macam Johan, dia mana tunjuk sangat muka anak dia. selalu tunjuk gambar dari belakang or cover dengan mask. Hehehe

    Lagi-lagi Lisa and Yusry ni memang popular, just respect je la keputusan diorang tu.

    Kak Suria, jemput join contest kat blog iday ye :)

    ReplyDelete
  4. kita kena hormati tindakan yusri dan Lisa..etuza amat faham apa yang mereka utarakan..Sebaiknya kita ambil hormati keputusan mereka dan orang lain.Teruskan cara yang baik pada mereka..anak tu harta anugerah Allah sebaiknya tindakan ysri tu amat baik..inshaAllah akan Allah kabulkan doa ibubapa yang penyayang bertanggungjawab

    ReplyDelete
  5. Tanggungjawab tu jatuh pada mereka tentulah mereka nak yang terbaik untuk anak mereka. Yang kita ni jadi peminat(mahupun bukan peminat) sibuk sangat kenapa? Ni mesti takda kerjalah nak menghina mencaci bila artis tunjuk gambar anak mereka. Ada ajelah yang nak dikatanya nanti!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com