RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT
Ni tak payah fikir banyak sangat la.. Aku memang drama queen.. so tajuk entri aku memang penuh drama. Melekat lekit tu macam tagline aku jer.. Yang betulnya nak share resepi sup kaki ayam style aku ja kan.. Mungkin tak sama dengan cara korang masak.. Mungkin cara aku masak lebih sedap ke kan.. hikhikhik..
Di sebabkan sejak semalam hidung dah bagi signal akan kedatangan selsema so hari ni harus la masak.. masakan berkhasiat supaya demam selsema ni tak berpanjangan. Maka hari ni ke dapur sekangkang kera cik minat gebu katanya memasak sup kaki ayam. Pun macam tu sebab laki aku tak makan kaki ayam ni.. Aku campur jugak la dengan isi ayam
Nak masak jenis sup2 ni bukan susah bebenor... Sonang jo Milah Ooi.. Rebus2 jo kekdahnyo. Tapi kalau yang tak reti tetap la susah bagi mereka maka meh la kita tengok apa bahan - bahan & cara nak memasaknya..
Bahan Bahan
Kaki/Ayam
Ubi kentang/ lobak merah (yang ni tak wajib)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Buah pelaga
Daun sup
Rempah sup (yang ni pun tak wajib)
Minyak masak
Garam (sebagai Perasa)
Bahan kisar
Bawang besar
bawang putih
Halia
bunga lawang
Jintan manis
Bahan tumis
Bawang yang dah di hiris
Sedikit halia di ketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Cara memasak
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis tadi. Goreng sekejab sehingga layu
2. Masukkan serbuk rempah sup & kacau. Biar sekejab sampai naik bau
3. Masukkan bahan kisar. Biar dia masak sekejab.
4. Masukkan kaki ayam/isi ayam.. masak sekejab biar dia sebati dengan bahan2 rempah tadi.
5. Tambah air biar sup tadi mereneh.
6. Masukkan kentang/lobak merah
7. Masak sehingga ayam empuk & kentang/lobak merah lembut.
8. Ambil batang daun sup potong & masukkan ke dalam sup. Biar dia mereneh sekejab lagi
9. Masukkan garam secukup rasa
10. Dah masak tutup api hidangkan bersama hirisan daun sup.
Boleh jugak kalau nak guna daging atau nak masak bihun sup boleh juga guna cara yang sama cuma nak lebih sedap bihun sup tu cuma tambah sup bunjut jer.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete