RESEPI MUDAH MASAK MEGI KARI TANPA GUNA PERENCAH SEGERA
Megi kari |
Jadi sebagai seorang yang sangat prihatin kepada penggemar megi @ mee segera ni.. Jadi sukacita la aku nak berkongsi resepi mudah nak masak megi kari tanpa menggunakan perencah segera. Almaklum la perencah segera megi yang include dalam setiap paket megi tu kita sedia maklum la kurang sihat.. Nak kata buat rencah sendiri tu sihat tak sangat tapi kita tahu apa bahan yang kita gunakan..
Antara bahan nak masak megi kari ni..
Serbuk rempah kari
Serbuk cili
kicap manis
sos tomato
* Tiga bahan tersebut satukan dalam mangkuk campur air sikit & bancuh sehingga jadi macam pes *
Bahan Tumis
Minyak masak
Bawang merah/besar
Bawang putih
Buah pelaga
Bunga lawang
kulit kayu manis.
Bahan bahan lain untuk menambah rasa..
air
isi ayam
Fish cake
Sayur sawi
atau apa2 bahan macam seafood (udang,sotong..bla.. bla..) kalau nak letak pun boleh
Cara nak masak (boleh rujuk gambar di atas)
1. Panaskan minyak kemudian Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan pes yang dah siap di bancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
2. Dah pecah minyak masukkan isi ayam gaul dalam bahan rempah tadi. Biar masak sekejab.
3. Masukkan air. Masak sampai mendidih.
4. Masukkan fish cake @ apa2 seafood kalau ada. Biar masak sekejab.
5. Masukkan megi kering @ ramen. Masukkan sayur sawi. kacau hingga semua bahan sebati & masukkan garam secukup rasa. Agak2 dah lembut megi tu boleh la tutup api & hidangkan...
Boleh tambah telur rebus & di tabur dengan daun sup & bawang goreng. |
Mudah kan? Kalau sapa cakap susah aku sumpah hilang deria rasa hahahaha... Alah. Megi je pun bukan susah sangat nak masak. Kalau rasa susah susah sangat.. masak je guna perencah segera tu. Tapi rasa dia, kepekatan kuah dia.. tak sama la dengan homemade punya, ok!
Jadi pada yang baru nak kursus kat dapur tu hope membantu la anda belajar memasak. Tapi bukan semua orang suka makan megi. Yang jenis mengamalkan pemakan sihat ni selalu tak makan megi.. hehehehe
nampak nyum nyum!
ReplyDeletefuh.. meletop resepi...
ReplyDeletewuishh
ReplyDeletesenang je yang penting sedap
ReplyDeleteResepi terbaru. Nampak sedap. Thanks admin for sharing. Memang favourite meggi kari ni..Mesti puas hati boleh masak banyak2 :)
ReplyDeleteAku gasak jer megi kari segera terjun terus dlm belanga..haha..
ReplyDeleteSedap nampak boleh cuba nanti ni
ReplyDeleteklu xletak 3bradik tu xpe je kn?
ReplyDeleteSy tak mkn megi.bila teringin cari alternative yg lebih sihat.. olah letak kuey teow kering... tq for sharing..nice!😊
ReplyDeletenampakk sedapp! nak try! thank you for the recipe!!
ReplyDeleteTerima kasih. Saya dah cuba. Sedap walaupun tiada telur. Saya guna baki organic spinach noodle. Lain kali saya cuba dengan mee kerinting pula.
ReplyDeleteApa ukurannya? Berapa berat bahan-bahan tumis yang diperlukan, kak? Nak cuba tapi tak pandai agak-agak.
ReplyDelete