BILA BERSUAMIKAN FACEBOOK

3/28/2015 02:12:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tu dia macam mana berlaki kan Facebook tu.. Rasanya masa akad nikah dulu dengan orang lain kot tetiba laki ku facebook katanya.. Cerita apa ni laki ku facebook bagai ni.. Tajuk drama adaptasi baru baru ka? hakcipta terpelihara ok! Ni bukan adaptasi mana2 drama, novel atau filem.. Ni original.. segar dari otak lekat lekit ok!


Apa yang aku nak cerita pasal.. "Bila bersuamikan facebook ni?" macam biasa perkara yang banyak berlaku di kalangan masyarakat kita terutama kaum perempuan. Sekarang ni zaman facebook kadang2 aku nampak kaum perempuan kebanyakkan.. macam bersuamikan facebook.. Dari sekecik2 perkara sampai sebesar2 masalah peribadi semua nak cerita kat facebook.. Yang tak patut atau tak perlu share pun still nak share. Semua nak ngadu kat dinding facebook tu.. Tak kira la yang berlaki mahupun tak? Nak loving2 dengan laki pun tetap la dinding facebook jugak di conteng.

Tengok fenomena ni bagaikan virus yang takde penawar.. sampai jadi memudaratkan pulak. Sebab terlalu suka menconteng semua perkara kat dinding facebook kadang2 sebab benda kecil akibat salah faham.. jadi masalah besar. Gamaknya spesis semua nak update kat FB ni hidup dia kurang perhatian & kasih sayang kot. Rasanya kalau cukup kasih sayang dalam kehidupan di luar alam maya takde la teruk sangat tulis kat wall FB tu.. Aku tak rasa orang jarang cerita hal peribadi kat FB tu takde life tapi aku rasa orang yang setiap masa nak update rutin harian dia kat FB tu macam takde life.

Satu lagi spesis perempuan yang manjang nak cerita semua benda dia buat dengan suami atau suami buat untuk dia.. Kadang2 rasa Ya Allah.. kau je ke berlaki dik/akak/makcik? kadang2 kita compare rasanya laki kita lagi sweet like kencing manis tapi takde la teruk sangat aku nak cerita kat semua orang. Sikit2 sudah la.. kalau setiap masa dah tak sweet sangat kot... dah macam laki kau tu facebook bukan manusia. Yelah.. nak minta laki beli makan, beli barang atau beli apapun tulis kat wall. watdehek??!!.. semua kau nak share & mengadu kat facebook mengalahkan laki kau tak pernah balik rumah pulak.

Satgi ada pulak pompuan rasa diskriminasi.. macam la orang laki tak dak perangai macam ni. Ye.. ada tapi kebanyakkan perempuan so aku lebih suka cakap majoriti bukan yang segelintir. Sebab perempuan lagi banyak mengadu domba kat dinding facebook maka entri ni lebih highlight kepada kaum perempuan.

Moral of the story.. Bukan kata tak boleh langsung nak share kebahagian.. kesusahan.. Masalah atau aktiviti harian kita tapi berpada pada. Bersosial di laman sosial ni kena ada privacy jugak bukan semua benda kita boleh share. Macam kita tahu.. benda baik pun kalau kita terlalu obses akan jadi kemudaratan balik pada kita. Jadi pandai2 la beza kan apa yang boleh, apa yang tak boleh & apa yang tak perlu kita tulis di dinding facebook.

5 comments:

  1. lorrr...ingatkan betulah tadi tajuk bakal drama atau novel baru...ehehehehe

    ReplyDelete
  2. Hehehehhe... Berpada² berkongsi cerita kan sis? Sebab tak semua pembaca yang mendoakan yg baik² tak semua juga bergembira dgn kebahagiaan kita dan tak semua juga yg seronok melihat kekayaan kita.

    ReplyDelete
  3. orang zamab sekarang memang macan tu. Segala benda nak share kat FB. Dari bangun tidur sampai nak tidur malamnya tu pun segala aktiviti nak citer kat FB. Haha

    ReplyDelete
  4. Okey, ni memang tak faham. Kenapa zaman sekarang ni suka sangat nak mengadu domba kat mukabuku. Apa dapat pun tak tahu. Hati manusia ni lain-lain, bila kita dok sedap bercerita kat mukabuku, bukan semua orang menyokong. Silap haribulan kena hentam dengan keyboard warriors. Lepas tu nangis teresak-esak, lepas tu dok nak hentam orang balik. Siapa yang susah? Kita dan diri kita juga......

    Eh, terkeluar tajuk tak? Sedap pulak laju menaip petang-petang macam ni *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com