AWAS! 8SHARE SPECIAL TIDAK BOLEH DI KONGSI DALAM BENTUK IKLAN. Kali kedua cashout aku reject dengan alasan fraud. Memang aku ni ada darah keturunan serikandi kot jenis kalau aku tak puas hati dengan sesuatu tu aku mesti fight lebih2 lagi kalau aku rasa teraniaya. Tetap aku akan minta penjelasan sampai aku puas hati kalau betul2 aku salah. Macam biasa bila dapat email je cashout aku kena reject memang Yuna 8share orang pertama aku serang. Sebab paling cepat nak sent mesej kat talk to us tu..
Alhamdulillah earning aku di kembalikan tapi amboi kemain dia warning.
Macam marah bebeno. Lepas ni kalau berlaku kesilapan lagi 8share akak
reset semua earning tanpa notis.. Senang la kau nak rompak semua
earning orang lepas ni kalau dah tak payah notis. Takpe.. kita berkongsi
secara sihat & kita tak perlu risau atau takut.
|
Ni kes ayat bengang kena asak dengan aku dengan macam2 benda aku pertikai & soal dia. Bila tak boleh nak buktikan kesilapan tu 100% dari blogger terpaksa jugak la akui kelamahan pihak depa tapi cara ego la. Siap warning nak reset earning tanpa notis. hek kau!! Senang kau nak ambil tindakkan tanpa notis |
Perkongsian iklan 8share di blog hanya di bolehkan dengan membuat 1 post entri untuk 1 iklan. Tak boleh tumpang post2 lain untuk iklankan special 8share macam yang kebanyakkan blogger pernah buat. Dan tak boleh jugak dalam 1 post kita share lebih dari satu iklan special 8share. Ingat!! 1 Post 1 iklan 8share sahaja!! Tiada pilihan & tiada cara lain di benarkan. Kiranya kalau ada cara lain orang share special 8share ni di kira melanggar syarat 8share & earning mungkin di rampas dengan rakusnya oleh rejim 8share. Ambik kau Yuna! Rejim 8share tu..
Ini kali kedua cashout kena reject lepas gaduh2 dengan Yuna dapat balik earning tu. Kalau kali ketiga berlaku lagi tak boleh rujuk dah kot. Limit cerai pun 3 kali je... aku pun kadang2 fedup jugak dengan 8share. Depa seolah2.. mengambil kesempatan. Tak di beritahu secara jelas bagaimana untuk berkongsi special 8share kat blog.. hanya di beritahu selepas cashout kena reject je. Kalau jenis blogger malas nak cakap banyak memang untung la 8share. Kumpul2 earning banyak2 lepas tu sedekah kat 8share. Macam buat kerja amal jariah je la.
Moral of the story.. Penting kita untuk berani membela diri. Jangan harap orang je nak backup kita, sampai bila. Kita kena berani bersuara jugak untuk tuntut keadilan. Jangan takut kalah.. sebab kemenangan tak pernah berpihak kepada golongan penakut walau yang berani tak semestinya selalu menang.
alhamdulillah...berani kerana benar kan sis
ReplyDeleteiday pon risau sebab sebelum ni ada jugak letak dalam blogpost, tapi still relate dengan article. dulu iday pernah tnya Yuna tu pasal post kat blog. then dia ckap, boleh submit url article dekt diorang and diorg check. Hahaha
ReplyDeletetapi sekarang, asal 50 je terus cashout. risau kalau menabung banyak2 kena reject. menangis tak berlagu la. Haha
ouhh...akaun Sally dah kena gantung lama dah...hahahah...senang kata no more dah laa :P
ReplyDeleteMCM CARA DIORG NK UNTUNG IKLAN TANPA PAYMENT JE ... HMMMM ...GOOD SURIA
ReplyDeleteLaaa... ini kali kedua gaduh-gaduh manja dengan 8Share? Kalau masuk kali ketiga, 'cerai' talak tiga ajelah, Suria. Tak payah pujuk-pujuk ajak berdamai. Habis cerita. Nampak sangat T&C tak jelas pastu suka-suka hati aje nak buat adegan rampas merampas tanpa notis. Dahsyat tau....
ReplyDeletekorang semua tak betul....
ReplyDeleteboleh tak tlg terangkan dengan lebih jelas tentang situasi ini?
ReplyDelete