KURMARI TELUR RESEPI YANG TAK ADA KAT BLOG MAT GEBU

11/08/2014 04:28:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Hahahahaha.. Kau! Ni nak lawan blog Dapur tanpa sempadan ke hapa?? Kalau la boleh berlawan traffic dengan blog Dapur tanpa sempadan cik mat gebu tu.. Dah tentu la blog melekit ni tak melekit lagi. Traffic laju macam MRT. Tapi siapalah blog melekat lekit ni kan...

Cerita pasal resepi yang takde kat blog cik mat gebu tu.. Alkisahnya memang takde la resepi kat memana blog even blog mat gebu pun sebab resepi tu resepi emergency den. Gigih ni nak buat masak kurma pengantin katanya.. Sebab ternampak kat Blog Dapur Tanpa sempadan. Tapi alahai.. bahan2 tak cukup pulak kat rumah ni. Takpelah.. Buat masak kurma pengantin lama sudah la kan. Campak apa yang ada. Alih2.. serbuk kurma pulak seciput jer tinggal. Dah siap bahan lain.. Kena juga buat masak kurma.

Tu yang terjadi Kurmari telur sebab aku campur dengan serbuk kari ikan sikit. Lepas tu masak je macam masak kurma cedok sikit resepi Cik Mat Gebu kan tapi takde la semua bahan yang cik mat guna. Cuma aku ceduk bahan kisar jer sebab sebelum ni masak kurma memang aku tak guna apa2 bahas kisar. Main tumis & rebus jer. aku biasa hujung minggu sesi habiskan barang2 dalam peti ais. Sebab ada sayur dengan telur boleh la masak. Maka terhasilah Kurmari Telur Lekat Lekit. Rasa dia dua alam sikit.. kurma ada.. kari ada. Ikut tekak aku boleh je makan & of course aku rasa sedap je... hahahahaha


Jadi surirumah ni even yang anggap macam orang bodoh tak tau apa2 perkembangan, asyik bercomot jer tapi surirumah la paling kreatif. Kalau rumah cantik siapa yang hias? Kalau masakan sedap siapa yang masak? Kalau anak yang baik siapa yang didik? so jangan pandang rendah pada golongan surirumah.. Apapun selamat berhujung minggu Uolls

P/S : aku memang susah nak share hari2 apa aku makan atau masak kecuali yang special case camni. hahahaha

4 comments:

  1. mesti marii !!..ingtkan suria bg resipi minaci td.., Pcl sangatenghargai kaum wanita di dapur..

    ReplyDelete
  2. Hehehe..terbaik blh gak tu campur rempah kurma ngan rempah kari hehe..yummy dapnyerr..kak lya nak cikit

    ReplyDelete
  3. wah.... tak sangka kuah kurma boleh rasa dua alam. kari ada kurma pun ada. Tapi kita yang makan ye tak. suka hati kitalah nak campak bahan apa pun dalam tu.

    ReplyDelete
  4. Berkerut dahi ni memikirkan nama menu. Memang confirmlah tak pernah dengar di mana-mana. Alkisah ceritanya....kurma campur kari jadi kurmari rupanya. Ingatkan anak India mana singgah rumah terus masakkan lauk special!

    Kalau dah tekak kata sedap, sedaplah tu....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com