CARA NAK BLOCK KEMBALI ORANG YANG DAH BLOCKED ANDA DI FACEBOOK. Konon dah bertahun kau ada account facebook tapi sebenarnya kau masih banyak tak tau tentang fungsi yang ada kat facebook ni. Masih banyak yang perlu kau explore.. Aku cakap pasal diri aku jer. Entah kenapa hari ni tetiba nak terjah kat bahagian setting facebook.
Aku ni bukan la jenis rajin sangat nak block orang.. Unfriend pun kadang2 bukan sebab aku benci sangat pun. Maybe aku rasa untuk kekalkan hubungan baik tu better la keep in touch kat social media yang lain bukan kat facebook. Facebook ni sedia maklum la tempat masing2 meluahkan perasaan tak kira perasaan suka, duka, tak puas hati, gembira bagai. Mungkin di sebabkan tu kadang2 kita berkawan kat IG & blog tu lebih baik dari facebook. hahahahha
Aku ada la jugak beberapa nama yang dalam blocked list aku tapi takde la panjang sangat. Orang yang bagi aku memang aku tak suka sangat je aku block ni. Nak2 jenis pretend macam baik, macam teraniaya sangat dengan aku padahal.. lagi syaiton nirrojim tu. Aku memang terang2 nampak dah kat mana buruk & kat mana baik. Yang jenis sesumpah ni.. aku je tau. Tak kisah la benda tu aku tahu dari orang lain yang menjadi informer.. Tapi yang pasti aku anggap tu cara Allah nak bagitahu aku dengan siapa kau patut berkawan & dengan sapa kau patut jauhi. Talam dua muka ni bahaya.. depan kita idola belakang lain pulak ceritanya. Kitalah sejahat jahat manusia.. kaki fitnah bagai. Jadi orang2 camtu duduk la kau dalam blocked list even aku tahu blocked someone tu belum tentu boleh buat orang tu tak stalk kita. Nak buat fake account bukan susah.. nak2 lagi aku jenis public je post aku. Semua orang boleh baca & komen tak kira yang ada dalam friendlist atau tak.. Takpe sekurang kurangnya banyak sikit dia kena buat kerja kalau nak stalk kan? hahahaha
cuma tutorial ni sekadar info je.. Sebenarnya aku pun baru tahu yang kita masih boleh block user facebook yang terdahulu blocked kita. Orang yang acah acah macam haters sangat kadang2 dia block sekejab jer lepas tu dia nak stalk kita dia unblocked balik. Lepas habis stalk dia blocked. Sebab dia banyak masa terluang la katakan.. Takde kerja bermanafaat yang lebih menguntungkan dia nak buat la.. Jadi untuk mengelakkan orang yang kita tahu memang dah blocked kita dari awal, unblocked sebab nak stalk kita.. maka kita block dia balik. Caranya mudah jer.. Kat bawah ni ada tutorial bergambar
|
clik setting kat icon macam bentuk segitiga tu. Ni website views yer |
|
clik blocking yang kat menu sebelah kanan tu. Kemudian dia akan keluar paparan macam nombor 2 & nombor 3. Taip ke nama user facebook yang anda nak block clik button block (no 3). |
|
Dia akan keluar senarai nama user macam ni so pilih jer siapa yang anda nak block even orang tu dah terlebih dahulu blocked anda pun still akan keluar nama dia. |
Untuk mobile views tutorial dia kat bawah tapi aku guna facebook lite jer ni. Maybe appearance dia lebih kurang kot dengan full version
|
Clik/touch kat icon yang ada 3 line tu untuk bukan setting. Clik/touch menu setting |
|
clik/touch pada account setting |
|
clik/touch pada blocking |
|
Akan keluar paparan macam ni cuma taip nama profile facebook insan bertuah yang bakal kena block tu |
|
Dia akan keluar senarai macam ni. Nama jemah tu sebagai contoh je ok |
Senang kan? siap bagi tutorial bergambar pun takkan tak reti lagi kot. Belajar la explore jangan tunggu orang suap sampai ke otak. Asyik kena suap je lama2 otak boleh tepu jugak ok. Tu yang asyik takde idea & suka ciplak idea orang. Sebab malas guna otak untuk fikir. So, sila rajin berfikir & rajin belajar yer.
Semoga perkongsian ni membantu anda yang memerlukan. Lepas ni tak payah susah2 dah.. kalau ada orang blocked hangpa.. hangpa pun boleh block dia balik. Block la sampai mereput.. hahahaha
Facebook ni kalau dilayankan, mcm2 blh jadi... Laki bini blh bercerai, adik beradik blh putus memutus, mcm2 lg la...
ReplyDeleteTp the truth is, sy pn ada kenal ngan seorang makhluk ni yg kononnya bz, acah2 baik tu confirm la... Tp setiap apa kita ckp dia akan manipulate n post kat FB dia.
So jln penyelesaian terbaik, kurangkan komunikasi ngan dia kat luar FB n block FB dia
Terimakasih atas perkongsian ini. Simpan dulu ah..
ReplyDelete