PENDUDUK TAMAN DAHLIA PASIR GUDANG AMBIL MINYAK MASAK DALAM LONGKANG

6/24/2015 02:04:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Nak buat apa la depa dok kutip minyak masak yang tumpah dalam longkang tu. Takkan nak buat masak pulak. Mak Aii.. geli tekak. Boleh morning sickness aku kalau ada yang buat masak minyak yang tumpah dalam longkang tu.


Bukan soal kaya ke miskin tapi soal benda tu dah kotor & tercemar. Di kutip lagi buat apa. Tak tak tau depa nak guna untuk tujuan lain bukan memasak. Jangan yang dok kutip minyak dalam longkang tu buat masak untuk jual kat bazar ramadhan sudah. Kesian orang yang beli makanan... teraniaya. Makan makanan di masak dengan minyak yang tumpah dalam longkang.

Sumber Harian Metro

Macam tu la rakyat Malaysia.. Asal kemalangan melibatkan kenderaan yang bawa barang tak kira la makanan ke hapa mesti ada tukang kutip bawak balik rumah. Nak cakap pasal halal haram memang aku bukan orang selayaknya tapi kalau bukan milik kita, kita ambil kemudian bagi anak bini suami makan... Pi la tanya ustaz ke ustazah. Kang aku tolong jawab di gelar "setazah mee segera" pulak. hahahaha

Moral of the story... Jangan jadi manusia selekeh sangat kecuali darurat. Benda kotor tu memudaratkan kesihatan. Jangan nak save budget terpaksa keluar lagi banyak budget bila sakit.

9 comments:

  1. Ya Allah.. depa nak buat apa? errrkk.. tak boleh bayangkan kalau wat masak.. boleh ke nak telan makanan dari minyak gitu?

    ReplyDelete
  2. errr.. takpe pk positif, dorang ambik nak buh kat engsel pintu..hihi.

    ReplyDelete
  3. klu masak pun tak ke meletup dlm kuali ...ade air kan .... memacam la org ni ... takat minyak masak sepeket rm2.50 tu .. beli seklai sebulan boleh pakai klu jimat ...ulang2 masak...bkn nk kate aku mampu ...ade lagi ramai org susah .... klu org susah tu pi kutip guna dan sakit kan lagi teruk .....klu kakitangan kerajaan ok lagi ...msk spital kerja teruk pun tak kena bayar klu org awam??? klu takat rawatan biasa ok la boleh byr rm1.00 je

    ReplyDelete
  4. errr terbayang kalau la dorg tu guna tuk buat msk mknn kt bazar..

    ReplyDelete
  5. Aduhai.. Pelik beno prangai.. Hmm...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah mesti nak buat masak ni takan nak lumur badan cam kat spa pulak dik...kombang tekak hakak...buat naya kalau bagi orng makan minyak longkang camni

    ReplyDelete
  7. Ish minyak masak dah masuk longkang pun depa masih nak...

    ReplyDelete
  8. pelik mereka ni, lagi pelik hak yang biasa buat benda gini
    orang melayu islam!

    ReplyDelete
  9. Eeeiii... gelinya! Bukan sebab kaya ke apa, tapi minyak tu dah mengalir turun longkang pi tadah nak buat apa! Minta-minta yang tukang kutip tu masak untuk keluarga sendiri ajelah, bukan masak makanan untuk dijual. Tapi untuk keluarga sendiri pun, sampai hati ke nak buat macam tu? Bagi makan benda yang kotor macam nih...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com