AWAS! JANGAN MAKAN 6 JENAMA SARDIN NI
Yer sardin ni sangat penting dalam kehidupan kita terutama orang bujang yang skill memasak tahap tadika lagi. Sardin la lauk paling senang di sediakan ketika lapar & bajet tak berapa meriah. Walaupun cap2 terkenal ni agak mahal.. tapi di pasaran masih ada brand2 yang murah. Tapi tu la.. Bila murah kualiti pulak tak jaga.
Sebelum ni ada 3 brand sardin dari china tak silap di tarik balik di pasaran kerana mengandungi cacing.. Sekarang lagi 6 brand sardin menerima nasib yang sama atas alasan yang sama. Cacing wei bukan bihun.
Antara 6 Brand tersebut adalah
Cinta
Sea Fresh
HS Brand
King Cup
Bintang
TC Boy.
Allahu wei.. ada jenama yang aku pernah makan. Ni nak muntah ke.. nak berak ke atau nak kena maki? King Cup pun kena wei. antara jenama otai & paling di percayai sebelum ni. Harga pun tak murah. Tin besar pun tak silap RM7.00++. TC Boy tak silap dulu blogger ramai yang dapat paid review kan? Pakat2 delete review hangpa tu yer. sebab Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
Lepas ni beli Ayam Brand je la. Mahal tahap nirrojim pun takpe janji takde extra haiwan sebagai lauk. walaupun KKM mengesahkan risiko kesihatan yang akan dihadapi oleh individu amat rendah kerana cacing terbabit sudah mati kerana melalui proses memasak atau pengetinan tapi loya tekak wei.. Cacing bukan serangga/haiwan yang menjadi makanan manusia kot.. erkk tak tau la ada spesis manusia pemakan cacing yang pasti majoriti manusia tak makan cacing. Cacing je akan makan manusia lepas mati. kekekeke
Apapun kalau ada sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah, kawasan, bahagian yang terdekat boleh menghubungi kementerian laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
Sumber berita : Berita Harian
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata enam produk ikan sardin berkenaan adalah jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan dan syarikat yang terbabit sudah diarah menarik balik produk berkenaan dari pasaran serta dikenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.
Alamak cinta cintun tu pernah makan huu ,,
ReplyDelete