Lama tak mengopek isu pasal retis.. Manjang cerita hantu je. Almaklum la sejak dua menjak ni jadi geng paranormal dok memburu hantu kat google katanya. Tetiba datang pulak idea nak mengupas kupis & mengopek pasal fenomena retis sekarang yang bila dapat anak.
sekadar hiasan. Sumber google
Zaman sekarang semuanya di abdi dengan gambar maka photographer sekarang memang boleh kumpul harta la. Apa saja moment mesti orang sekarang nak buat photoshoot. Termasuk la bila dapat anak. Biasa la orang ambil gambar anak baru lahir nak tengok proses membesar dia nanti. Untuk di jadikan simpanan bila depa dah dewasa. Tak salah.. sikit pun tak salah. Malah aku pun suka ambil gambar anak aku dari kecik sampai la sekarang.
Tapi yang aku pelik.. macam trend pulak. Asal anak baru lahir mesti photoshoot yang si anak telanjang bulat.. si bapak pula separa bogel. Macam wajib pulak tayang badan anak beranak kan? Kalau ambil gambar pakai baju elok2.. Gambar tu jadi tak cantik ke camna? atau takde sponsor baju? Serius aku geli sikit tengok gambar2 macam tu. hahahaha
Over sangat aku rasa
Bila retis dok buat & menayang.. benda ni akan jadi ikutan orang lain. Tak kisah la badan kau sado ke, sedih ke.. pakai la baju. Anak tu tak payah la bertelanjang bulat camtu. Kesian pulak aku tengok. Selimutkan la sikit. Tak payah la nak cipta keunikkan gambar tu sampai perlu berbogel camtu. Bukan cantik sangat pun.
Moral of the story... jangan berbogel & snap pic upload untuk tontonan umum even separa bogel sekalipun sebab ada yang geli nak tengok walau kau sado. Ni baru betul.. Sado = besar+bodoh. erkk.. bukan aku kata tau, aku pernah baca kat blog sapa ntah lupa, asal perkataan sado tu adalah dari bahasa budak2 zaman sekarang.. besar la bodoh atau budak sekarang suka cakap sar doh. tu yang jadi perkataan sado untuk golongan berbadan sasa katanya. hahahaha
yang dengan mak nya xdak?
ReplyDeleteermm... enth apa je dorang ni fikir...
ReplyDeleteRamai yg buat mcm ni kan? Sian bdk tu bila beso nanti,malu tgk dirinya btlanjang bulat dgn bapa yg hampir bogel jugak. Adeh..
ReplyDeleteTeman pun pelik gak.. Nak tayang sgt badan ketul ketul la tu.. Cuba kalau kuruih kering kejong.. Mesti taknak tayang kann.. Huhuhu.. Teman pun geli gak suria.. Menda lah depa ni kan
ReplyDeleteKesian dgn baby yg diphotoshoot dengan pelbagai rupa...pada koi baby haruslah berbedung...sarung kaki tangann...
ReplyDeleteAkak memang tak minat bab sado-sado ni. Geli geleman den!
ReplyDeleteBaguslah ajar anak kecil-kecil bogel. Nanti dah besar tak payah ajar dan pandai. Naluri dah tahu nak buat macamana bila suruh bergambar bogel :)
Artis ni selalu jadi trendsetter. Bila mereka buat, kita yang katanya fanatik ni pun ikutlah juga sebab 'retis favorite I buat you....' Makanya jadilah trend yang tak berapa nak elok. Tapi macam kata pengomen pertama tu, apa kata suruh mak budak pulak photoshoot berbikini dengan baby baru lahir. Barulah tahu sedo tak sedo :)
Saya tak perasan perkara ni sampai la bila baca entry ni. memang betul apa kak suria cakap tu.
ReplyDelete