AWAL ASHAARI & SCHA DI TUDUH MENGANJINGKAN ANAK

10/08/2015 01:32:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

AWAL ASHAARI & SCHA DI TUDUH MENGANJINGKAN ANAK. Selebriti yang paling banyak kontroversi melibatkan anak mereka adalah scha al yahya & Awal ashaari. Ada saja isu nak di cetuskan pasal anak depa ni. Dari sejak lahir.. isu nama, isu rupa, isu hidung & macam2 isu la jadi kontroversi sampai kadang2 aku rasa yang retis anak depa bukan scha & awal. Hahahaha.. Isu terbaru depa di kecam & di tuduh menganjingkan anak sendiri. Menganjing macam mana meh la baca.

Maaf la aku tunjuk contoh gambar anjing tapi itulah orang yang belum anak bayangkan pada orang yang guna baby harness pada anak. bagi depa nampak macam anjing. hek kau! Kau beranak dulu baru kau tahu kenapa ada mak bapak terpaksa guna baby harness ni

Isu Baby harness ada yang setuju penggunaanya & ada yang anggap penggunaan benda tu macam menghaiwankan anak sendiri. Kalau hangpa tak tau baby harness tu macam mana. Alah trend ikat tali pada anak supaya dia tak terlepas & hilang kat tempat orang ramai. Memang nampak macam tali yang orang ikat anjing tapi bukan la niat mak bapak yang buat macam tu nak menganjingkan anak tapi untuk keselamatan anak tersebut. Budak2 baru dapat kaki @ baru boleh berjalan ni memang dia obses nak melangkah. Nak2 lagi masuk mall dengan macam2 benda yang menarik perhatian dia terlepas pandang seminit dua pun kadang kadang boleh hilang.

Di tambah dengan banyak kes jenayah yang melibat kanak kanak sekarang ni.. serius orang yang ada anak je tahu macam mana risaunya tiap kali berada kat luar. Budak2 ni tak payah cakap la dia bukan faham bahaya ke tidak yang dia tau seronok berlari sana sini macam anak aku ni. Walau aku tak guna baby harness tapi serius mata ni susah nak lepas pandang. Nama je budak perempuan dia punya lasak lain macam sikit.

Bila ada menjatuhkan hukum Dosa pada pasangan selebriti scha & awal sebab ikat anak depa dengan baby harness ni aku teringin jugak nak tanya dia rujuk ustaz @ ustazah mana? aku tak rasa la tujuan scha & awal buat benda ni sebab nak menganjingkan anak depa. Orang kutuk hidung anak dia pun dia dah mengamuk takkan la dia tergamak nak buat anak dia macam anjing. Semua faktor keselamatan. Kau fikir Malaysia sekarang selamat sangat ke??

Aku syak dia ni setazah jadian sebab suka2 je dia jatuh hukum dosa kat orang hahaha

Nak jaga anak ingat senang ke zaman sekarang ni. Terlepas pandang boleh hilang & kena culik.. terlepas cakap boleh jadi tersalah didik walau kita dah rasa apa kita buat tu betul. Contoh macam ni >> 9 Bukti ramai ibu bapa buat kesalahan ketika bercakap dengan anak <<

Moral of the story.. Kadang2 apa yang kita buat sebagai ibu bapa memang nampak janggal di mata orang yang tak ada anak tapi selagi ia demi keselamatan anak & tidak memudaratkan fizikal,mental & perkembangan dia aku rasa tak salah kot.

P/S : dulu aku pun rasa benda ni macam pelik je nak guna untuk anak tapi fikir keadaan sekarang, aku rasa memang tak salah kalau mak bapak nak guna.

5 comments:

  1. Bagi akak benda ni takde hal la...dulu akak pon penah buat n3 pasal ni...bior le orang nak cakap ape yg penting anak dia selamat kang kalau dah jatuh ke hape mesti ada je yg komen diorang tak reti jage anak pulak....aduhhh...manusia bizibodi camni la ;D

    ReplyDelete
  2. Just do the best for kids. Nobody is perfectt..! ^___^

    ReplyDelete
  3. pd sy ok je sbb pernah nmpk depan mata.. lg selamat..

    ReplyDelete
  4. Ntah apa2 laa kan, time Sis dulu xde cmni, kalau ada pun Sis pun nak guna, senang nak jaga anak dan kawal anak..huhuhu otak sengkat itu olang fikir cmtu huhuhu

    ReplyDelete
  5. Biasalah.. Mulut manusia kan.. Ada je tak kena...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com