HUDUD KE ATAS KUCING YANG MENCURI

10/03/2012 04:22:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Kalau korang nak tau kucing pun tak terlepas dari di hadapkan kepada hukuman kalau mencuri. Kucing tak kucing.. salah tetap salah. Kucing... kau tak tau ke mencuri tu salah & berdosa. Sapa suruh kau buat jugak. Sekarang terimalah hukuman setimpal dari kesalahan kau tu? Sekarang kaki kau kena potong sebab ikut hukum hudud. Dengan cara ni kau akan insaf.. bertaubat & tak mencuri lagi...

Boleh kau cakap dengan kucing macam tu?? Boleh kau laksanakan hudud kat kucing atau kat haiwan2 lain. Kalau kau rasa di bolehkan melaksanakan hukum hudud pada haiwan.. samada kau yang rosak akhlak, akidah & sebagainya.. kau ni boleh la aku cakap mereng tanpa batasan.

Aduhai manusia Ooi... Hudud cuma untuk manusia yang di ciptakan Allah makhluk paling sempurna sifat & akalnya bukan untuk haiwan yang tak berakal. Kalau kau rasa hudud tu juga untuk haiwan.. aku mula konpius...yang mana satu haiwan. Kau ke atau haiwan2 tu haiwan.

Ni kes sorang hamba Allah komen guna otak lembu kot kat fanpage Kakimotong pasa 1 status ni yang berkenaan dengan Kisah Hero yang di potong dua belah kaki depan sebab mencuri ikan, Nak tau dia komen apa.. meh sini sang lekit attach komen dia tu..



 Pinjam dari Kakimotong Fanpage

Kalau lembu tu orang selalu sinonimkan dia dengan kebodohan rasanya kau punya tahap tak cerdik mengatasi lembu. Kalau hukum hudud di laksanakan pada haiwan.. agaknya berapa kerat haiwan yang ada kaki?? Lain kali nak cakap ambil masa sikit untuk fikir supaya apa yang kau cakap tak jadi bahan gelak.. bahan kutuk & bahan kritik orang lain. Nak jadi setaz & setazah part time pun biarlah tak fail sangat pasal hukum hakam ni. Sekarang semua orang tengah geli hati dengan ketidak pintaran kau mengomen tu.

8 comments:

  1. tak paham aku tercetus isi yang macam gitu... pelik-pelik manusia zaman sekarang...

    ReplyDelete
  2. bila tak paham ilmu agama...susah...

    ReplyDelete
  3. hek eleh, mamat tu poyo, org jenis mcm ni lah yang selalu perasan dia masuk syurga orang lain masuk neraka.

    menyampah gila aku org jenis tak pandai berlagak pandai ni nyahhh

    ReplyDelete
  4. termasuk saya pon tengah geli hati dengan ketidakpintaran orang tu mengomen.. hahaha!!

    tapi kan, kesian jugak kat orang cenggini..

    dia ni orang ke kucing?!

    ReplyDelete
  5. perlu ke hukum hudud utk kucing yg mencuri..???
    alaai..otak letak kat lutut ka.....

    geram betui la... haihhh..

    ReplyDelete
  6. Hehehe,dr pemahaman sy,dia ni sebenarnya tgh pertikaikan hukum hudud sampaikan kucing pun jd mangsa.Tulah,gi belajar apa itu hukum hudud betul2 dulu,baru komen.Kesian plak kat dia ni.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com