MELAYU WAJIB MAKAN DAGING KALAU TAK JADI HINDU

9/27/2014 01:38:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Amboi tajuk entri berbunyi racist tak racist.. Petik2 agama orang lain pulak tu. Berani sungguh la lekatlekit ni... Nak melekat dalam jail ke hapa? Apa nak tajuk kita nak cerita pasal benda betul.. bukan benda rekaan semata mata untuk menganggu sensitiviti agama orang lain, kan?

Sumber google

Kisah ni sebenarnya dah lama berlaku. Dalam bulan march haritu.. Lokasi kat sebuah gerai Sup Meletop area Sri Gombak. Kalau korang rajin merayap kat situ rasanya kalau tak pernah singgah pun mesti pernah nampak gerai dia tepi jalan. Kat situ ada carwash. Tempat dia banyak tikus besar2.. maybe sebab kawasan dia semak sikit di tambah ada gerai makan. Aku pun tak tau sampai aku singgah & duduk makan baru aku nampak tikus berlari lari dekat2 dengan carwash tu.

Alkisahnya hari tu kami laki bini singgah makan. Aku makan bihun sup.. asben makan nasi ayam. Nasi ayam tu biasa la dia akan sertakan dengan sup kosong sekali. Asben aku ni tak makan daging.. jangan kan daging, air rebusan daging buat sup ke hapa ke memang dia tak makan. Pendek kata apa jer ada berkaitan dengan daging dia tak makan. Bila dia bau kuah sup bau daging maka dia tak makan.. so dia panggil la pekedai tu tanya kot2 ada sup ayam. Minta satu mangkuk.. dah la gerai kot tu seciput je besarnya.. antara meja aku dengan dapur ko pun sekangkang kera je jaraknya.. boleh la sampai dapur dia.. dia boleh mengomel dengan kawan dia kat situ dengan ayat.. "Hindu ke hapa tak makan daging".

Amboi.. kau fikir tak makan daging tu hindu jer.. Kalau orang melayu Islam wajib kena makan daging ker? Dah orang tak makan.. kau sakit kenapa? Kalau takde cakap takde! Kalau boleh cakap tak boleh! takde orang nak hadap makan kat gerai ko yang bukan cantik sangat pun.. makin buruk dengan ko yang bermulut longkang tu. Hagak2 la nak mengata pun biar la pelanggan tu jauh dari pandangan mata. Ni macam kau saja je nak sakitkan hati orang. Maka dengan rasminya itulah kali pertama & terakhir. Kalau dia bagi layanan 1st class pun tak rasa kami akan datang lagi sebab makanan kat situ pun biasa2 jer.. inikan pulak dia menghamburkan kata2 puaka tertutup terus niat nak datang lagi.

Moral of the story.. Nak meniaga mulut kena jugak jaga. Jangan main sembur tak baca bismilillah dah. Soal taste pelanggan ni bukan hak peniaga nak tentukan. Orang makan @ tak makan sesuatu ada sebab2 tertentu bukan sebab agama jer. Jangan suka2 nak menghindukan orang tak makan daging. Tu namanya bebal.

8 comments:

  1. Nampak sangat tauke kedai tu kolot. Orang yang kena gout pun mana boleh makan daging. Ini bukan isu Islam ataupun hindu. Ni isu boleh atau tak boleh je.

    ReplyDelete
  2. Adohhh! ermmmm... mungkin satu hari saya akn kna camtu sebab saya pun dah x boleh nak jamah daging, bila mkn jer mesti 1 badan gatal... punya gatal smpi sedap jer bila di gosok ng berus tau... huhhu... pernah gak ms bljr dulu mkn kt restoran n mntk nasi goreng to xnk daging, tp diberinya daging, mls nk bising² mkn jelah pastu menahan gatal semalaman tak dpt tidur...

    Ermmm... yg mengomel tu mesti x bpe nk cerdik kut... ops! :-D

    ReplyDelete
  3. Dia nk mudah kerja dia je tu.
    Betul, kalau nk niaga 1st thing kena jaga is layanan terhadap pelanggan. Kalau x mmg mintak maafla ada org nk dtg lagi

    www.mynutriqueen.com

    ReplyDelete
  4. ehhh sakit pulak hati kita membaca.... kalau kena kat laki aku, silap dah kena hijack... wakkakakaka kojaq... nak meniaga, meniaga jelaaa.... bukan tak bayar... haishhh

    ReplyDelete
  5. kedai orang melayu kita ke? tapi memang biasa orang melayu
    bab customer service memang fail!
    saya dah banyak jumpa, marketing atau branding bagus
    customer service pula yang cam lousy.

    adik saya pun tak makan daging, tapi dia islam. so what?
    ada juga india atau cina tak makan ba alif ba ya, tapi dia bukan islam. so what?

    ReplyDelete
  6. sikap dia memang kena ubah.. aduhai..

    ReplyDelete
  7. Mak oi tepat2 dia bahasakan org erk....x lama la meniaga kalau mcm tu persngai....phuii...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com