RAMBUT KUSUT & KEMBANG PUNCA JADI KURANG BIJAK

12/08/2015 03:02:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

RAMBUT KUSUT & KEMBANG PUNCA JADI KURANG BIJAK. Tu dia kajian mana pulak ni cakap rambut kusut & kembang punca orang jadi kurang bijak. Nak cakap bodoh macam biadap sangat je kan.. jadi lebih sweet like kencing manis kita gunakan istilah kurang bijak. Mesti lepas ni ramai yang pakat2 nak buat rebonding untuk pastikan rambut tak jadi kembang & kusut. yelah.. sapa yang nak jadi kurang bijak walau tak mampu jadi orang pandai kan...

Makcik Noor Farida

Tapi ni betul ke ada kajian membuktikan orang rambut kembang & kusut ni kurang bijak?? Hahahaha... Jangan percaya hokay! Tiada kajian dari mana2 pakar yang di iktiraf tapi aku rasa la kan punca seorang makcik ni mengeluarkan usul bodoh sebab rambut dia kusut menganggu sistem otak dia untuk berfikir secara waras. Mungkin jugak rambut dia mengambarkan betapa kusutnya fikiran dia sampai terlepas cakap benda benda camni. Jadi mungkin salah satu punca rambut dia la kot. Aku cuma nak bersangka baik jer.. Mungkin lepas dia sikat rambut dia dengan rapi otak dia akan kembali berfungsi dengan betul & dia tak akan cakap macam orang yang jahil lagi.

makcik.. sekurang kurangnya jika ada saksi perlakuan khalwat tu berlaku walau dalam rumah sendiri & di laporkan pada pihak yang sepatutnya. Dengan pergi mengetuk pintu & menangkap pasangan berkhalwat tu mengurangkan sedikit perbuatan maksiat berlaku. Makcik nak tolong kutip je anak2 luar nikah yang di buang merata rata tu nanti. Sumber Sinar Harian

Takpe la kalau kau tak nak ikut apa yang agama suruh & nak buat apa yang agama larang.. Tapi janganlah kau nak ajak orang lain pun derhaka pada Allah jugak. Nak menghalalkan apa yang haram.. Nak membenarkan perkara yang salah.. Nak tak nak ikut tu dia punya pasal tapi kalau nak mengalakkan orang lain buat maksiat tu namanya cari pasal la.


Pada makcik.. Den ni pun bukan alim.. bertutup litup bagai sampai nampak mata je. Tak sampai level tu lagi malah masih banyak kekurangan tapi cadangan makcik tu bukan je memalukan warga makcik2 kat Malaysia malah dunia. Bukan je memalukan warga makcik malah makcik jugak turut memalukan ibu bapa,  ustazah2 atau ustaz2 yang pernah mengajar makcik kat sekolah dulu. Level2 makcik ni rasanya tak berapa makcik dah ni. dah masuk zon warga emas bergelar nenek.. Patut dok rumah & pratikkan semula gaya hidup nenek2 zaman dulu dengan cucu yang dah makin pupus.

Moral of the story pada makcik2 semua.. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Jadilah makcik yang sel2 otak matang bersama usia bukan sel2 otak bersimpul ikat tepi. Sekian terima kasih.

3 comments:

  1. Hmmm...orang zaman skrg ni, nak jd mcm barat agak eh,

    ReplyDelete
  2. Biar benar ni! Apa kata kita usulkan makcik Farida menggalakkan khalwat bermula di rumahnya dulu? Nak sangat privasikan, mehlah kita buat kem khalwat kat rumahnya!

    Pelik tau orang zaman sekarang ni bercakap. Antara politik dan agama memang dah takda benteng, semua dibantai sama rata. Lepas tu ada pulak kumpulan bijak tak berapa nak pandai macam ni yang bagi usul bernas sangat alahai sampai bukan ustazah pun boleh geleng kepala mendengarnya!

    Eh, no commentlah!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com