BEZA BERGURAU DENGAN MERAPU
Tapi ada spesis yang dia tak tahu bila masa dia perlu bergurau.. setakat mana dia perlu bergurau & apa perkara dia tak boleh buat bahan gurauan. Hidup dia asyik nak bergurau jer... Sepatutnya orang suka bergurau ni di sukai ramai tapi sebab terlalu suka bergurau orang jadi meluat jugak. Contoh.. sipolan ada masalah cuba minta pandangan. So, dia cerita masalah dia.. maybe ada lawak sikit dalam point dia tu. So, yang si kawan ni usik la.. ok la. Usik sikit2.. tapi kalau dah sepanjang jalan cerita dok jadi bahan gurau je masalah orang solution tak jumpa, korang rasa lawak lagi tak?? Tu bukan namanya bergurau tu dah merapu. Tak lawak sangat la beb! Kalau lepak mamak tak gelas melayang, meja pun boleh terbang.
Bergurau.. Biar orang enjoy bukan annoying. bergurau biar kena pada tempatnya. Bergurau pun kena ada limit. Aktifkan mood bergurau pada situasi betul kalau rasa tak nak kena maki. Hidup ni perlukan gurauan tapi bukan pada semua perkara atau setiap masa. Orang yang happy go lucky pun boleh jadi kaki maki kalau kita bergurau dengan dia tak kena pada tempat & caranya.
Macam dalam video #Taknakseludup Bell Ngasri ni.. even dalam lawak tetap ada point & moral of the story. Bukan merapu je tak tentu pasal. Nak tengok meh tengok kat sini >> Bell Ngasri Kongsi Pengalaman Pahit Guna Minyak Seludup <<
Moral of the story... Bergurau dengan suka merapu adalah dua perkara berbeza. Orang suka bergurau akan buat orang rasa enjoy & orang suka merapu memang minta kepala dia benjol. So hati hati... takut lawak hangpa dapat maki.
ntah bergurau pon bior le kene dengan tempat dan situasi keadaan ni kalau asyik dok begurau 24 jam tetibe ada yg kene anta duk tampoi plak nanti...
ReplyDeleteKalau akak ni suka bergurau ke suka merapu ek.. Macam dua-dua pun suka... Tapi yalah, tengok keadaan juga. Kalau kawan tu baru putus cinta tetiba kita ajak dia bergurau senda, haruslah kena marah nanti. Kita juga yang terasa hati konon nak buat dia ceria tapi kena maki!
ReplyDelete