GADIS GELANDANGAN NAK UBAH NASIB DATANG UJIBAKAT MENTOR MILENIA
Tapi setiap ujibakat untuk rancangan realiti TV bukan je mentor milenia, yang akan ada drama sedih dari peserta ujibakat.. Nak2 lagi yang tak dapat. Suara level2 karaoke jamban lepas tu tak dapat mula meraih simpati dengan kisah sedih.. orang susah nak ubah nasib keluarga bla.. bla.. bagai. Satu je Milah nak cakap.. sudah sudah la tu nak meraih simpati dengan cara tu.
Nak ubah nasib pi la buat kerja lain tak payah berangan nak jadi retis & membayangkan kau boleh jadi kaya. Ingat semua orang bernasib baik ke dalam bidang seni hiburan ni even berjaya jadi retis sekalipun. Berhenti la membayangkan yang indah2 seolah2 kalau jadi retis korang confirm berjaya macam Dato Siti Nurhaliza. Siku liku dalam dunia seni ni tak seindah bayangan.. erkk.. macam aku pernah jadi retis pulak kan? hahahaha...
Dan berhenti guna cara 'cerita sedih' untuk meraih sokongan dari juri. Tak sedar lagi ke selama ujibakat untuk apa2 rancangan TV ni cerita sedih belum pernah buat juri jadi kesian & pilih kau jadi peserta untuk rancangan tu. Paling2 depa bagi moral support je kat situ. So, berhenti jadikan benda tu amalan setiap kali ada ujibakat untuk rancangan realiti tv. Aku sampai naik cemuih nak hadap. Serius.. Aku kalau ada drama2 macam tu dalam ujibakat rancangan realiti TV hilang terus rasa simpati.
Moral of the story.. Sebelum datang ujibakat sila minta orang tak pekak dengar korang nyanyi dulu supaya tak menyusahkan juri. Dan berhenti menangis depan juri. hahahaha
ingat ada video tadi..
ReplyDeletetu le dari jadi artis cuba jadi blogger..untung2 ada citer sedih tu boleh tular
Aku pun suka tengok ujibakat peserta. Nak tahu masalah rakyat, tengok ujibakat. Macam-macam ada. Cuma tang menangis tak dapat tu, aku tak bleh nak blah lah.
ReplyDeleteWah, ternyata sama aja dengan disini. Ada pula model tuh ya..
ReplyDelete