MANA SATU TANGGUNGJAWAB?

5/07/2011 12:22:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Seseorang telah mengadu..
Gadis : Pakwe aku control sangat la.. itu tak boleh ini tak boleh. Berkawan pun kena dengan sama jantina jer.. Tak boleh lelaki, pondan, pengkid atau apa2 saja spesis yang tak sama jenis.

Dalam situasi itu si gadis begitu di jaga oleh sang kekasihnya dengan alasan untuk menjaga keselamatan & kehormatan dirinya. Matlamat & tujuannya memang amat mulia sebab si jejaka begitu sayangkan si gadis tapi pada masa yang sama si jejaka juga mempunyai seorang adik perempuan yang juga dah bergelar seorang gadis. Adik perempuan beliau juga sudah ada kekasih hati. Siang malam bergayut & ber sms. Sekali sekala berdating. Adik perempuan nya juga pada masa yang sama mempunyai kawan di kalangan mereka yang berlawanan jantina tapi tidak pula di kawal dengan ketat pergaulannya cuma memantau sekadar yang nampak agar adik perempuannya selamat & terjaga kehormatannya. Apakah dia kenal semua kawan2 si adik atau betul2 pastikan kekasih si adik itu tidak berniat buruk sehingga tidak begitu risau akan pergaulan adiknya tapi lebih risaukan pergaulan sang kekasihnya?

Dalam isu ni apa yang menjadi persoalannya yang mana lebih di jaga atau tanggungjawab si abang/pakwe tu?? Adakah mengawal ketat sang kekasih yang cuma bakal isteri yang belum tentu pastinya atau si adik yang dah tentu saudara kandungnya?

Jawapannya senang.. tentu sekali si adik kan?? Sebab tanggungjawab si abang masih pada keluarganya bukan lagi pada sang kekasih tapi kenapa pula si kekasih lebih di jaga berbanding si adik? pelik kan??

Cinta tu kadang - kadang buat kita terlupa tanggungjawab kita pada orang yang wajib kita jaga. Memberi sepenuh perhatian pada orang yang belum di pertanggungjawabkan pada kita sehingga mengabaikan orang yang sepatutnya kita bertanggungjawab keatasnya. Kes macam ni bukan sesuatu yang pelik atau jarang - jarang lagi berlaku cuma kita terlalai untuk menyedarinya. Entri ini cuma sengaja di adakan untuk membincangkan benda yang selama ni kita pandang remeh tapi besar kesannya kalau terjadi sesuatu yang buruk.

Entri ni tidak melibatkan mana - mana pihak, individu,blog, chatter, mahupun blogger. Tercetus bila seorang teman pernah meluahkan perasaan akibat di kongkong sang kekasih. Maka terilham la isu ni untuk sama - sama mengingatkan kita pada tanggungjawab yang patut kita dahulukan sebelum orang lain.

P/S : Sang Lekit harap sangat takde sapa yang touching dengan entri ni sebab bukan di adaptasi dari kisah sesiapa cuma menulis apa yang berlaku dalam kehidupan kita seharian yang kita terlepas pandang selama ini.

8 comments:

  1. hmmm.. percaya atau tidak, sebenarnya isu ni bukan atas dasar tanggungjawab suria. kes-kes mcm ni biase terdengar dari mulut kawan2... sy menyimpulkan bukan atas sebab tanggungjawab... ianya berlaku disebabkan rasa 'insecure' pasangan terhadap kekasihnye tu.. rase cemburu... dan satu lagi, biasanya keadaan ni adalah refleks sikap si lelaki tu sendiri... sedar tak sedar, dirinya sendiri yang playboy.. dirinya sendiri yg dikelilingi kawan-kawan yg berlawanan jantina... harus diingat... ape yg buruk yg kita nampak pada pasangan, kadangkala, cermin kepada keburukan sendiri...

    ReplyDelete
  2. sy setuju dgn pendapat kamu SM Banjamin. betul tu.. bukan atas rasa tanggungjawab tapi lebih kepada cemburu.

    ReplyDelete
  3. tu laki berjiwa pompuan la tu, jeles tak bertempat...kalo dia suka cheating, dia ingat orang lain pun sama agaknya.....

    ReplyDelete
  4. betul kata SM Banjamin tu..kalu ikut pengalaman saya ngan member2 lelaki, yg selalu 'menjaga' awek diorang sbnrnya nk tutup kesalahan diorang..hati2lah kpd perempuan yg ada boipren gini.. tambah lg, lelaki tu bukan nk jaga, tp cemburu dan tiada kepercayaan kpd pasangan.. dia tiada kepercayaan aweknya akan setia kerana dia sndr x setia. pesanan skali lg, hati2 dgn boipren yg suka mengongkong~

    ReplyDelete
  5. itulah namanya tanggungjawab ngande2 nyah... dah la tanggung tapi taknak jawab... mcm mane? bertanggungtakjawab la jawabnya...

    p/s wahhh meriahnya blog ko dah ade exabytes.com.... ce citer bape hengget korang capai persetujuan?

    ReplyDelete
  6. dia nak tunggu ada something terjadi kat adik dia, baru dia nak sedar kak, ;)

    ReplyDelete
  7. isu yg sngt mnarik sang lekit kupas..
    ia bnyk blaku pd masakini..
    dlm konteks ini TK sependapat dngn lekit, jaga diri dan kluarga sendiri dulu sblm nk sibuk2 pikul tanggangjawab pd orang lain..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com